Ikhlas
" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."
(riwayat Abu Hassan Al-Basri)
(riwayat Abu Hassan Al-Basri)
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Wednesday, February 1, 2012
Wangian dan Haruman
Wangian harum adalah disukai oleh Allah, para rasul
dan para Mala’ikat NYA, apa lagi dua Malaikat Raqiib dan ‘Atiid yang
sentiasa berada disamping seseorang kerana menulis amalan-amalan sama ada baik
atau buruk. Sebaliknya bau busuk adalah disukai Iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya ( termasuk jiwa yang kotor dan buruk).
Mungkin bagi seseorang merasakan
tidak perlu kita membincangkan tentang wangian atau haruman, tapi bagi saya
apabila setiap sesuatu yang kekasih kita( Allah) menyukai maka kita juga wajib
menyukainya. Selain itu juga wangian yang harum mempunyai hubungan dengan
syurga kerana pada keseluruhannya Syurga itu berbau wangi dan harum, demikian
juga penghuninya.
Rasulullah SAW pernah bersabda
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai
setiap yang berbau harum (sedap) dan suka kepada pakaian yang bagus( bersih
terutama semasa menghubungi NYA)"
H.R Ad-Dailami
Wangian adalah santapan ruh yang
perlu diberikan secara rutin setiap hari, sebagaimana keperluan kepada makanan.
Setiap ruh yang baik ingin mencium dan menyedut wangian.Sesungguhnya dengan
kekuatan ruh lah maka fizikal akan turut kuat dan bertenaga, seterusnya dia
akan membawa kepada jalan kebahagiaan.
Dari Abu Hurairah r.a menyebut Rasulullah SAW memberitakan bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
“ Aku telah menyediakan untuk
hamba-hambaku yang soleh akan nikmat yang belum terpandang dek mata, belum
terdengar ke telinga ( belum tercium ke hidung)) dan belun terlintas di dalam
hati seseorang”
H.R Al- Bukhari dan Muslim
Sebelum itu kalau dikaji makhluk
di bumi pula mempunyai 3 ciri bau iaitu:
1.Manusia yang peluhnya berbau
kasturi
Sewaktu Nabi SAW berusia 2 bulan,
baginda di bawa ke Desa Bani Sa’ad untuk disusui oleh Halimah As- Sa’diyyah. Bila
Nabi tiba, tercium lah dalam segala rumah di desa itu bau kasturi yang amat
harum.
( Rujuk As-Sirah An- Nabawiyyah)
Harum kasturi
juga mendapat perhatian Al-Quran dimana di dalam Surah al- MMutaffifin.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud:
“ Kamu
dapat mengetahui dari air muka mereka (bukti,tanda) kesenangan hidup mereka
penuh kenikmatan. Mereka di beri minum daripada minuman ( arak syurga yang
tidak memabukkan) yang termetrai ( tertutup mati). Penutupnya adalah kasturi,
dan untuk itu maka hendaklah
berlumba-lumba orang-orang yang berlumba”
Al-Mutaffifin
24: ayat 26
Dalam
Hadis juga rasulullah bersabda bermaksud:
“ Saya
dimasukkan ke syurga ( di malam Mi’raaj) tiba-tiba saya dapati anak-anak batunya mutiara dan tanahnya Kasturi.”
H.R
al-Bukhari dan Muslim
Dalam
hadis yang lain pula sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Sebagus-bagus
wangian ialah minyak kasturi”
H.R
Muslim
Berdasarkan
kajian yang di buat oleh ilmuan islam iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a
mendapati kasturi banyak
khasiatnya. Antaranya ialah memberi kekuatan kepada ruh, menenangkan jiwa bila mencium nya, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, mencergaskan
akal, menyihatkan otak dan menghilangkan debaran
jantung.
2. Ada manusia yang bersahaja
tanpa sebarang bau.
3. Ada pula manusia yang
mempunyai bau tertentu , seperti bau peluh, sendawa dan mulut. Ini satu kejadian
semulajadi baginya.
Manakala harum syurga adalah suatu
yang ganjil dan relatif.
Dapat di cium dalam jarak yang berbeza-beza ini
tidaklah bertentangan antara satu sama lain sebab kedudukannya adalah sesuai
dengan perolehan darjat seseorang,
di mana seseorang hamba yang paling ikhlas, dia telah dapat mencium bau
syurga dari jarak yang paling jauh iaitu 1000 tahun perjalanan.
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Tuesday, January 31, 2012
Saidatina Fatimah az-Zahra r.a.
Adalah
puteri bongsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim.
"Fatimah
adalah sebahagian dariku, siapa yang menyakitinya berarti menyakitiku, siapa
yang membuatnya gembira maka ia telah membahagiakanku.” (Al Hadis).
Kata ‘Fatimah’ berasal dari suku kata ‘Fathama’
yang berarti menghentikan atau menjauhkan. Sebuah riwayat menyebutkan,
dinamakan ‘Fatimah’ karena Allah ingin menjauhkan puteri
bongsu Rasulullah SAW dari neraka. Dari
cintanya Rasulullah kepada Fatimah, baginda
selalu menyebut nyebut Fatimah sebagai contoh dan perumpamaan,
misalnya………
“ Jika anakku Fatimah
mencuri, aku akan potong tangannya”
hadis ini menggambarkan bagaimana Rasulullah SAW tidak pilih kasih
dalam menegakkan hukum agama, sehingga
baginda bersedia memotong tangan anaknya yang paling dicintainya, Fatimah, jika ia mencuri demi untuk menegakkan keadilan.
Fatimah
az-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima
sebelum Nabi s.a.w. menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki
dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan
tersebut.
Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran
Assidiqah (wanita terpercaya),
Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang
diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra
(bunga yang mekar semerbak).
Dia juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan
perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu,
akhlaq, adab,hasab dan nasab. Di kalangan suku Quraisy, Fatimah dikenal fasih dan pintar.
Fatimah sangat terkenal di dunia Islam, kerana ia hidup paling dekat
dan paling lama bersama Rasulullah SAW. Dari dialah keturunan Rasulullah SAW
(ahlul Bait) berkembang yang tersebar di hampir semua negeri Islam.
Pernah
ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika
Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan
Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum
Quraisy
Fatimah dinikahkan dengan Ali bin bi Thalib
setahun setelah hijrah. Dia pernah dilamar oleh Sayyidina Abu Bakar dan Umar,
sahabat terdekat Rasulullah SAW, namun ditolak secara halus oleh baginda.
Fatimah sangat sederhana dalam berumah tangga dengan imam Ali ra,
bahkan sering kekurangan. Beberapa kali ia harus menggadaikan barang-barang
keperluan rumah tangga untuk membeli makanan, sampai-sampai jubahnya pernah
digadaikan kepada seorang Yahudi Madinah. Namun demikian, mereka tetap bahagia
sebagai suami isteri sampai akhir hayat.
Demikian
besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan
damai di sisinya.
"Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa
kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia
merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku.
Saat aku melihat Fatimah,"
kata Imam Ali,
"hilanglah duka dari seluruh jiwaku."
Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah SAW. Puteri yang sangat
dicintai Nabi SAW. Suatu waktu Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada imam Ali
ra…..
"Fatimah
adalah sebahagian dariku, siapa yang menyakitinya bererti menyakitiku, siapa
yang membuatnya gembira, maka ia telah membahagiakanku.”
Ini
dikatakan oleh Rasulullah SAW sehubungan
dengan keinginan seorang tokoh Quraisy untuk menikahkan anak perempuannya
kepada imam Ali ra. Imam Ali tidak menolak tetapi segera dicegah oleh
Rasulullah saw.
Hadis di atas juga merupakan bukti kuat
akan kecintaan Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya.
Fatimah meninggal enam bulan setelah
wafatnya Rasulullah SAW dalam usia 28
tahun. Merasa ajal sudah dekat, dia membersihkan dirinya, memakai pakaian yang
terbaik, memakai wangian dengan dibantu
oleh iparnya, Asma bin Abi Thalib. Sebelum meninggal ia sempat berwasiat. Anda
tahu apa wasiatnya?
“Hanya Ali,
suamiku, yang boleh menyentuh tubuhku”.
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Monday, January 30, 2012
Khadijah al-Khuwailid
Beliau
juga dikenali sebagai Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza
bin Qushai bin Kilab, lahir di Umm al-Qura ( Makkah) sekitar 15 tahun sebelum
tahun Gajah. Beliau berketurunan suku
Quraisy daripada keluarga Bani Asad.Menurut al-Zubair bin Bakkar, sejak zaman
jahiliyah, beliau dikalungkan dengan gelaran al-Tahirah (wanita suci) oleh
masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan
kesucian. Ibunya bernama Fatimah binti Za’idah al-‘Amiriyah.
Sebelum
dimahkotakan darjat sebagai Ummu al- Mukminin yang pertama, Khadijah telah
beberapa kali menikah. Suami pertamanya ialah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suami beliau bernikah dengan ‘Atiq bin ‘Abid bin Abdullah bin
Umar bin Makhzun. Namun perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy
yang melamar Khadijah namun ditolak kesemuanya selepas itu.
Akhirnya
pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika
itu baru berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau
di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.
Khadijah
merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW . Beliau dimuliakan suami ketika
hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang dan menjadi ingatan abadi. Pujian yang
sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha. sehingga
mengundang kecemburuan Aisyah r.ha., biarpun pada saat itu Khadijah r,ha. Sudah
pun wafat.
Aisyah
berkata,
"Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti kecemburuan
ku kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebut-nyebut nama nya….”
(Muttafaq ‘alaih)
Aisyah
melanjutkan cerita,
“Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda
berkata,”Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.”
Saya pernah membuat Rasulullah
marah apabila berkata,”Lagi-lagi Khadijah” baginda berkata, “ sesungguhnya saya
amat mencintainya” ( Muttafaq ‘alaih)
Khadijah
juga melahirkan keturunan bagi nabi. Permata hati mereka seramai 6 orang iaitu
dua lelaki dan empat perempuan. Mereka ialah al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu
Kulthum, Zainab dan Ruqaiyyah. Beliau juga tabah menerima takdir apabila semua
puteranya dijemput menghadap Allah ketika masih kecil. Keberkatan nya
terserlah apabila dipilih oleh Allah
S.W.T untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.
Realitinya,
Rasulullah SAW telah memilih Sayidatina Khadijah yang berumur 40 tahun pada
ketika itu sebagai isteri sedangkan umur baginda sendiri adalah 25 tahun. Ini
membuktikan jarak usia itu tidak menjadi penghalang terbentuknya kasih sayang
yang erat berkekalan selama 25 tahun sehingga perkahwinan itu dipisahkan oleh
kematian Khadijah.
Ertinya
Rasulullah SAW hidup dengan seorang isteri ( bermonogami) selama 25 tahun.
Cinta dan kasih sayangnya terhadap Khadijah tidak boleh dipertikaikan lagi
apabila sorotan sejarah mencatatkan pelbagai peristiwa yang membuktikan hakikat
itu. Sehingga selepas kematian Khadijah, Rasulullah SAW menduda seketika selama
3 tahun sebelum mengahwini Sawdah, seorang janda yang sudah lanjut usianya dan
miskin pula.semua itu atas dasar Rasulullah ingin memberi perlindungan kepada
Sawdah daripada ancaman serta kebengisan kaum kafir.Itu juga sebagai
kerelaannya memeluk agama islam.
Antara keutamaan Khadijah
Antara keutamaan Khadijah yang
tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain-lain ialah:
1. Sebagai
isteri pertama Nabi SAW kekasih pertama di hati Nabi
2. Rasulullah
SAW tidak menikahi wanita lain selama dengan Khadijah r.h.a. masih hidup.Aisyah
r.ha berkata “Selama hidup bersama-sama
khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.”(Riwayat
Muslim no.2436)
3. Rasulullah
SAW tidak mengambil hamba wanita
sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia
4. Isteri
yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah
5. Rasulullah
SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang
sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para
isteri kadang-kadang membuat baginda marah. Marah-marah sayang penuh hikmah.
6. Insan
pertama solat bersama-sama Nabi
7. Wanita
pertama antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8. Orang
pertama menerima salam daripada Allah
9. Wanita
pertama masuk dalam kategori Siddiq (yang benar)
10. Orang
pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Sunday, January 29, 2012
About beauty of the woman…………..
Ada banyak
pandangan tentang kecantikan seseorang. Bagi saya kecantikan itu relatif dan sangat subjektif .
Beauty
is the eye of the beholder.
Citarasa
manusia juga tidak sama dan berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan.Tetapi
yang baik itu mutlak dan kekal sifatnya.
Orang
budiman dan beriman menilai kecantikan melalui budi dan akhlak.
Pemuja hedonisme
dan materialistik pula hanya fokus kepada kecantikan wajah dan
daya tarikan seksual.
Apa yang
penting ialah kecantikan dalaman…
because not everyone is perfect.
always sweet smiles………….
hehe ..
Senyuman seindah pelangi
Mekar ia
dikaki langit
Harum menyusup
di dada samudera
Dingin membasah
sukma hati
Terlena mengulit
mimpi
Redup melingkari
kasih
Untaian taste
by:taliti tulip
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Hajarul Aswad
“Sesungguhnya aku
tahu bahawa kamu adalah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan memberi manfaat,
kalaulah bukan kerana aku pernah melihat Rasulullah SAW menciummu nescaya aku
tidak akan menciummu” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Pertanyaan ini sebenarnya sudah pernah dilontarkan oleh khalifah kedua Umar
bin Khattab ra disaat dia mencium Hajar
Aswad.
Jelaslah bahawa, ada beberapa ibadah yang tidak perlu
kita mencari cari apa hikmahnya dari ibadah itu. Seperti apa hikmahnya solat?
Apa hikmahnya sujud ?
Apa ertinya ruku’ ?
Apa hikmahnya tawaf ?
Apa hikmahnya melempar batu Jumrah?
Apa hikmahnya wukuf di Arafah?
Apa hikmahnya menyembelih kambing di hari Raya Qurban?
Apa hikmahnya itu dan apa hikmahnya ini.
Ada beberapa ibadah yang kita tidak perlu tahu apa hikmahnya, kerana disitu ada rahsia Allah yang tidak boleh diketahui hambaNya.
Apa hikmahnya sujud ?
Apa ertinya ruku’ ?
Apa hikmahnya tawaf ?
Apa hikmahnya melempar batu Jumrah?
Apa hikmahnya wukuf di Arafah?
Apa hikmahnya menyembelih kambing di hari Raya Qurban?
Apa hikmahnya itu dan apa hikmahnya ini.
Ada beberapa ibadah yang kita tidak perlu tahu apa hikmahnya, kerana disitu ada rahsia Allah yang tidak boleh diketahui hambaNya.
Maka apa yang diperintahkan
Allah lakukanlah dengan baik dan apa yang dilarangnya jauhkanlah sejauh jauhnya.
Sepintas lalu kita
akan merasa bahawa Hajar Aswad
adalah batu yang tidak boleh memberi manfaat atau memberi mudharat kepada
manusia. Tapi kenapa kita sebagai muslim memuliakannya bahkan sampai harus
menciumya?
Pertama memuliakan Hajar Aswad bukan adat orang orang Jahiliyah. Hajar Aswad berada ribuan tahun sebelum orang orang Jahiliyah duduk di Makkah.
Pertama memuliakan Hajar Aswad bukan adat orang orang Jahiliyah. Hajar Aswad berada ribuan tahun sebelum orang orang Jahiliyah duduk di Makkah.
Sebenarnya Hajar Aswad berada di sudut Ka’bah
seumur dengan umur Ka’bah itu sendiri. Disaat Nabi Ibrahim as membangun Ka’bah
tinggal satu bahagian yang belum terpasang iaitu Hajar Aswad.
Lalu nabi Ismail
pergi mencari suatu.
Nabi Ibrahim as berkata
“Carilah sebuah batu seperti yang
aku perintahkan”.
Nabi Ismail mencarinya dan tidak mendapatkanya. Ia kemudian
kembali ke Ka’bah, dan ia melihat di tempat tersebut telah terpasang Hajar Aswad.
Maka ia berkata “Ayahku,
siapa yang membawa batu ini kepadamu?’
Ibrahim berkata
“ Yang membawanya
kepadaku adalah Jibril dari langit (syurga)." (Tafsir Thabari hal 143).
Sesungguhnya Hajar
Aswad dan Maqam adalah dua buah batu diantara batu batu Yaqut (batu mulia)
diambil dari syurga, andaikan Allah tidak menghilangkan cahayanya nescaya
sinarnya akan menerangi antara timur dan barat. (H.R. Ahmad )
Kita adalah umat Muhammad SAW yang mengikuti segala
perintahnya tanpa meragui apa yang
dilakukan Nabi SAW maka lakukanlah dan apa yang dilarang Nabi SAW jauhkanlah.
Mencium atau mengusap Hajar Aswad
saat tawaf adalah anjuran Nabi Muhammad SAW kerana beliau selalu menyentuhnya dengan tangannya yang lembut atau menciumnya
dengan bibirnya yang mulia.
Demi Allah, Hajar
Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, Allah memberikannya mata dan lidah
kepadanya agar dapat melihat dan berbicara dan memberikan persaksian terhadap orang
yang menyentuhnya dengan benar dan ikhlas (Tarmizi)
Itulah kemuliaan dan keluhuran Hajar Aswad di sisi Allah dan Nabi Nya. Maka tidak hairan
jika Abdullah anaknya Umar bin Khattab ra selalu menyentuh Hajar Aswad kemudian
mencium tanganya dan berkata :
“ Aku tak pernah meninggalkan perbuatan ini
semenjak aku melihat Rasulullah SAW menciumnya."
(HR Muslim)
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Saturday, January 28, 2012
senyuman ...
Pujangga
menyebut :
"
SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Para
saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Banyak
kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau
keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan
mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa
berbanding orang yang sihat.
Pengkaji
dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita
gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui
sinus ke otak.
Apabila
darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
Senyuman
bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian
menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Anda
juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.
Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari
berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan
jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan
dan kemurungan.
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Thursday, January 26, 2012
sunnah yang perlu di amalkan ...
Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh - tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah
1. Tahajjud
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknyamembaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’.
Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah
surah - surah pilihan
1. Surah_Al-Fatihah.html
2. Surah_Al-Infitar
3. Surah_Al-Mutaffifin
4. Surah_Al-Buruj
5. Surah_Al-Tariq
6. Surah_Al-Ala
6. Surah_Al-Gashiyah
Tafsir Al-Quran
Al-Faatihah
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukanpula (jalan) orang-orang yang sesat
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Monday, January 23, 2012
SIFAT NERAKA JAHANAM
Lalu
Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih,
kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah SWT yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi
yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api
neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari
orang laki-laki dan perempuan."
Nabi
SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya:
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari
pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda."
Tanya
Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama
Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi
bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’ir."
Kemudian
Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat."
Maka
Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian
Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah SWT.
Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih
boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu, Neraka Jahanam itu
mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai
70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai
70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai
70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai,
setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Sunday, January 22, 2012
Mandy Moore - Only Hope
There's a song that's inside of my soul.
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold.
But you sing to me over and over and over again.
So, I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I know now you're my only hope.
Sing to me the song of the stars.
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again.
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again.
So I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I know now, you're my only hope.
I give you my destiny.
I'm giving you all of me.
I want your symphony, singing in all that I am
At the top of my lungs, I'm giving it back.
So I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I pray, to be only yours
I know now you're my only hope.
hmmmmm, hmmmmm, oooooh.
Labels:
2012,
amazing,
catatan,
cerpen,
nature,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Saturday, January 21, 2012
Tentang cinta ..
Cinta itu
adalah naluri hati dan jiwa serta pengorbanan.. Terlalu banyak tentang tafsiran
cinta. Melalui ‘google’ kita akan mendapati ada lebih 318, 000, 000 pautan laman
sesawang yang membicarakan tentang cinta.
Ya, apabila
kita membicarakan tentang cinta,kita tidak dapat lari daripada memperkatakan
soal hati dan rasa seperti kata pujangga, ianya tidak kelihatan tetapi
getarannya jelas terasa. Cinta itu bukan paksaan. Cinta juga bukan pemikiran. Tetapi
ia adalah soal rasa.Ia datang dengan sendiri.
Setiap orang
boleh memberi jawapan mereka masing-masing dalam mendefinisikan cinta yang
sebenar.
1. Menurut
imam al-Ghazali, cinta itu ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri
seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh memberi kelazatan,
manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya (tabiat).
2. Menurut
Pablo Picasso…” Love is the greatest refreshment in life”
3. Tetapi
menurut Plato pula..” Love is the serious mental disease”
4. Manakala Sabda
rasulullah pula bermaksud: “ seseorang
itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak. ”
5. Pepatah
melayu pula berkata.. “tak kenal maka tak cinta”
6. Albert
Eeinstein seorang ahli fizik berpendapat …
“Gravitation cannot be held
responsible for people falling in love. How on earth can you explain in terms
of chemistry and physics so important a biological phenomenon as first love? Put
your hand on a stove for a minute and it seems like an hour. Sit with that
special girl for an hour and it seems like a minute. That’s relativity.
7. Kahlil
Gibran seorang pemuisi terkenal pula…. “ kita akan mengetahui itu adalah cinta
bila kita melepaskan orang yang kita cintai itu pergi, si dia tetap
kembali pada kita. Tetapi sekiranya ia
tidak kembali, selama-lamanya dia tidak akan sesekali menjadi cinta kita.”
8. Khalifah
Sayidina Umar al-Khatab r.a berkata… “Sesungguhnya orang yang mencintai
akhirat. Dunia pasti menyertainya”
Begitulah
tentang cinta…. pelbagai tafsiran mengikut pemikiran, ilmu, kehebatan dan
pengalaman yang diilalui masing2. Bagi saya pula cinta mestilah ikhlas tanpa
syarat dan ganjaran. Ibarat biji benih yang dicampakkan akan tumbuh menjadi
pohon yang rimbun, sekali pun hasilnya tak dikecapi pada masa itu tetapi ia boleh memberi manfaat
pada orang lain.
Cinta adalah
perpautan jiwa seseorang terhadap
sesuatu yang di pandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu
lebih kuat lagi, maka dinamakan ‘rindu’.
Sunday, February 6, 2011
SEBUAH RENUNGAN
Marilah kita sama-sama fikirkan dan berusaha lakukan..sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan Enam perkara:
1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murkan-Nya dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang maha Agung dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat( yang lima Waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.
1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murkan-Nya dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang maha Agung dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat( yang lima Waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.
Labels:
catatan,
cerpen,
perjalanan,
renungan,
sajak,
taliti tulip
Subscribe to:
Posts (Atom)
seuntai rasa, sejernih bicara
Assalamualaikum wbt,
blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.
Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..
Indahnya untaian taste by :
taliti tulip








