Di sini terdapat KELUARGA KUNYIT setakat yang mampu dikutip, dihimpun lalu dijadikan tatapan semua.Sebenarnya maklumat tentang kunyit ini amat sukar untuk kucari kerana tiada bahan dan pengetahuan cuma sekadar dorongan dari dalam diri ini yang ingin tahu.Mohon kemaafan jika terdapat kekurangan dan kelemahan.
Keluarga Kunyit
1. Kunyit Kuning Curcuma longa
2. kunyit Putih Curcuma Zadoaria.
3. Kunyit Hitam Curcuma Caesia
4. Cekur Kaempferia
galanga
5. Temu lawak curcuma
xanthorrhiza roxb
6. Temu Kunci Kaempferia Pandurata.
7. Bonglai Oroxylum indicum Vent
8. Temu Ulam Curcuma Mangga
9. Halia Bara Zingiber Officinale
1. KUNYIT KUNING
Kunyit
(Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan
masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning
pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan
masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi
sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
2.KUNYIT PUTIH
Famili : Zingiberacea. Nama Saintifik : Curcuma Zadoaria.
Nama lain :(Latin) Curcuma Alba, (indonesia) Kunci pepet, Temu rapet, Ardong,
Kunir Putih (Sunda), Naduna, Konre pet, Simplisia Kaempfenea Rotundae Rhizome,
Temu Putih dan Didymocarpus Crinta.
Kunyit biasanya berwarna kuning. Terdapat juga kunyit yang
berwarna putih dan hitam tetapi ia sangat kurang dan sukar kita temui. Kunyit
Putih adalah sejenis tumbuhan yang sama bentuknya seperti kunyit yang biasa
kita gunakan untuk masakan. Ia mempunyai nilai perubatan yang sangat berguna
dan telah digunakan sejak turun temurun oleh pelbagai masyarakat didunia
terutama India dan Asia Tenggara khususnya Melayu atau Jawa.
Bentuk dan rupa pokoknya sama seperti kunyit biasa. Buah dan
rizomnya juga sama tetapi ia berwarna putih. Kunyit Putih mempunyai buah biji
di hujung akar disamping rizom sediada. Ia mempunyai persamaan dengan Temu
Mangga mahupun Kunyit Puteri yang berbuah berwarna putih serta buah biji
dihujung akarnya. Kunyit Putih mempunyai bau yang agak masam dan rasanya pahit
seperti Lempuyang.
3.KUNYIT HITAM
Dikenali sebagai Curcuma Caesia dalam nama sains.
Warna umbi yang jenis biasa adalah seakan biru ungu (Biru hitam gelap - ada 2 jenis) dan ada berbentuk bulatan ditengah umbinya.
Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ramai orang salah sangka antara Kunyit Hitam dengan Temu Hitam dan Lempuyang. Temu hitam mempunyai umbi yang hampir sama warna dalaman nya dengan Kunyit Hitam tetapi saiz Kunyit hitam adalah lebih kecil dan sama saiz sepertimana jenis kunyit-kunyit yang lain.
Temu hitam mempunyai umbi yang besar seperti mana Temu Lawak dan Lempuyang pula mempunyai umbi yang berbentuk seperti Halia dan berwarna lebih kepada ungu gelap. Setiap tumbuhan ini mempunyai khasiat yang berlainan. Jangan anda tertipu oleh perbuatan sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan kepada orang yang kurang faham tentang jenis-jenis tumbuhan perubatan. Ada juga pihak-pihak tertentu yang menjual produk mereka mendakwa menggunakan kunyit hitam tetapi sebenarnya mereka menggunakan Temu Hitam Atau Lempuyang kerana mereka sendiri tidak pasti yang mana satu kunyit hitam.
Antara khasiat kunyit hitam:
- Membantu merawat ketumbuhan pada sendi
- Membantu merawat penyakit kusta/ penyakit kulit
- Merawat kecacingan
- Menambah selera makan
- Untuk kecergasan selepas haid dan nifas
- Merawat sakit perut
- Merawat penyakit asma
- untuk mengubat santau atau bisa
- untuk mengubat kanser payu dara dan kanser rahim
- Membantu mengubati berbagai penyakit kanser yang lain.
4. CEKUR
Cekur atau
cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dari keluarga "Zingiberaceae" adalah
sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba
yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun
cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan
yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang
muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan
kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
5.TEMULAWAK
Tingkat
kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan
hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada
ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.
Tumbuhan ini
hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan
terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa
didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit
rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids
(62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom
dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada
cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini
kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar
masalah sakit puan bagi wanita.
Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam
bentuk tunggal mahupun campuran. Pokok Temu kunci (Boesenbergia rotunda (L.) Mansf. syn.
Curcuma rotunda L., B. pandurata (Roxb.) Schlechter, Kaempferia pandurata
Roxb.) adalah sejenis rempah-ratus yang biasanya digunakan sebagai perasa dalam
masakan Asia Tenggara. Bentuk temu kunci agak berbeda dengan temu-temuan yang
lain karena ubinya tumbuhnya tumbuh menegak ke bawah.
6.TEMUKUNCI
Temu kunci
atau biasa dipanggil kunci merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga halia yang
biasanya dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan yang tidak terlalu tebal. Ia
biasa dijumpai tumbuh dikawasan yang agak lembab seperti di dalam kebun
getah.Rizomnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan ia juga
dijadikan rempah dalam masakan. di kelantan rizomnya yang dirincih halus juga
dijadikan ulam dalam nasi kerabu.
kegunaan:
Temu kunci
merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin.Ia
mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan
kecergasan badan. Untuk membuat jamu yang mudah, 500g temu lawak dan 500 g temu
kunci ditumbuk atau kisar bersama-sama. airnya kemudiannya diminum segelas
setiap hari semasa pantang terutamanya pada minggu pertama kelahiran
7.BONGLAI
Pucuk dan
buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian
dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya
boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas. Pokok sederhana besar setinggi 20 m, tidak
banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang
hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau
kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, sederhana
besar, berbentuk corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak
bunga yang keluar di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok
dan berjuntai. Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih
Ia
mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin,
alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan
vitamin.[perlu rujukan]
Bonglai
dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan,
angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin,
demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa
bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan darah bertoksik atau
kotor.
8.TEMU ULAM
(TEMU PAUH)
Nama
Saintifik : Curcuma Mangga. Nama Lain : Temu Mangga, Temu Ulam, Temu Pauh.
Agak sukar
jika dilihat pada pokoknya untuk mengenali pokok temu pauh. Ini kerana pokoknya
sama seperti pokok kunyit atau kunyit putih. Daunnya tidak mempunyai bau yang
kuat seperti kunyit. Buahnya kekuningan atau putih pucat dan berasa sedikit
manis. Ia mempunyai aroma seperti mangga muda atau buah kuini atau buah pelam
pauh. Sebab itu ia di panggil Temu Pauh. Biasanya dijadikan ulam atau acar atau
sambal dalam masakan. Pucuk dan daun muda dan bunganya juga boleh dibuat ulam.
Ia menjadi pembuka selera atau menambahkan lagi selera makan.
Khasiat
Herba _ Untuk menyembuhkan demam iaitu menurunkan suhu badan. Pembuka selera
dan menambahkan selera makan. Sebagai bahan campuran dalam jamu secara asasnya
untuk kesihatan badan.
9.HALIA BARA
Halia Bara
Nama Saintifik : Zingiber
Officinale. Nama Lain: Halia Merah
Halia bara
adalah sejenis halia yang berwarna merah. Bentuk pokoknya serupa seperti halia
biasa hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Buahnya juga kecil dan berwarna
merah. Baunya kuat seperti halia biasa.
Nama Saintifik
: Zingiber Officinale .Nama lain ialah Halia merah, Halia Bara merupakan
sejenis halia tetapi ia berwarna merah.Bentuk pokoknya adalah serupa dengan
halia biasa hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Buahnya juga kecil dan
berwarna merah. Baunya sama seperti bau halia biasa.
No comments:
Post a Comment