Pujangga
menyebut :
"
SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Para
saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Banyak
kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau
keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan
mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa
berbanding orang yang sihat.
Pengkaji
dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita
gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui
sinus ke otak.
Apabila
darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
Senyuman
bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian
menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Anda
juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.
Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari
berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan
jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan
dan kemurungan.
No comments:
Post a Comment