setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Wednesday, September 5, 2012

Bijan


BIJAN




Biji Bijan

Bijan (Sesamum indicum) adalah tumbuhan berbunga dalam genus Sesamum. Asal sebenar spesies ini tidak jelas, walaupun beberapa tumbuhan berkait tumbuh liar di Afrika dan sejumlah kecil di India. Ia ditanam secara meluas di kawasan tropika seluruh dunia dan ditanam bagi bijinya yang boleh dimakan.


Pokok Bijan


Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air.Biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.


Bijan Putih dan Bijan Hitam


Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan bunganya kecil berbentuk loceng, berbau harum dan berwarna putih dicampuri sedikit warna biru,merah  dan kuning berbentuk tiub,sepanjang 3 hungga 5cm(1 hingga 2 inci) dengan empat kelopak. Ðaun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daunnya bergerigi, warnanya hijau dan berbulu halus.


 Bijan tergolong dalam keluarga pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman kom
ersial utama di Nigeria, Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari



Biji Bijan pada Roti Burger

Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, mangan, fosforus, protein, vitamin A, vitamin E, vitamin B1, serat, asid phytic asid linoleic, asid alfa linoleic dan lecithin yang amat penting untuk otak dan system saraf  dan merupakan minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolesterol kepada manusia dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E .


Ia juga baik untuk mereka yang obesiti kerana ia mengandungi lemak tak tepu yang baik.Bijan juga mengandungi antioksidan yakni sesamol dan sesamolinol yang terbentuk daripada sesamolin.Minyak bijan selalunya tidak berbau dan biasanya diperolehi dari bijinya yang kecil.Minyak bijan juga berupaya menyingkirkan toksin yang terkandung dalam lapisan kulit walaupun lapisan yang paling dalam. Selain itu, minyak ini juga menutralkan radikal bebas yang merupakan salah satu penyebab penuaan terjadi.


Bunga  Bijan



Untaian taste by :

taliti tulip

No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip