setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, January 20, 2013

HiDuP iNi SaTu PeRjALaNaN



"Hari esok adalah kemungkinan
 Semalam adalah kenangan
 Hari ini adalah perjalanan."

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan yang mana menuju keabadian.Perjalanan yang bertitik tolak dari alam arwah yang serba rahsia menuju ke alam syahadah yang serba ghaib dan bersambung pula ke alam kebangkitan semula untuk dihitung di alam penghisaban dan ditentukan akhirnya di alam pembalasan yang kekal abadi antara syurga atau neraka.

Sepanjang jalan kita akan menempuh pelbagai situasi,kegembiraan, kegagalan,kekecewaan,keputusan yang getir, bertuah dan musibah,sedih pilu dan sebagainya yang tidak ada penamatnya samada dekat atau jauh perjalanan itu sebagai ujian hidup.

sewajarnya lah dalam perjalanan yang penuh liku itu ada yang tersesat, terjebak,terkandas dan terselamat .Demikian juga setiap yang manis bertukar tawar dan hanbar,kesegaran menjadi rapuh dan kemudaan menjadi tua.

Seperti sebuah sungai yang bermula dari satu titik air di tanah yang tinggi dan mengalir ke tanah yang rendah.Menuju ke muara sebelum bertaut dengan lautan yang bergelora.Tetes airnya menyelinap masuk melalui rekahan bumi dan menjadi tasik.Dan apabila mentari bersinar, tetesan akan mengewap ke udara menjadi embun dan awan.Dan awan pula berarak perlahan sehingga ke satu peringkat mencurahkan hujan ke bumi dan kembali ke sungai, tasik, muara dan lautan.

Sebenarnya titik permulaan dan pengakhiran adalah satu renungan dan mujahadah untuk kita mengambil pengajaran dalam perjalanan hidup ini.Segala kesusahan, pengorbanan,keberuntungan dan kebahagiaan adalah dari Rahmat dan izin-NYA.Setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian yang di luar batas pemikiran akal kita.Hanya yang melihat melalui pandangan mata hati sahaja yang dapat menyelami dan menyedari dari apa yang berlaku.Namun siapalah kita untuk mengatasi ketentuan-NYA.

Renungan ku ini...terus menjelajah dari sebuah perjalanan yang unik penuh dengan keindahan suka dan duka. Ada warna pelangi dan percikan bunga api yang berwarna warni indah dan ada juga bedilan peluru ujian pihak musuh serta gelombang duka....dalam kealpaan dan khilaf....sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan hanya kesabaran yang mampu menjengah rasa mengubati jiwa.


Daripada ibn Abbas r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."
riwayat Ibnu Majah no.2043, al- Baihaqi(10/60), al- Tabarani no.765,al-Daraqutni (vii/170) dan al-Hakim (11/198)

untaian taste by :
taliti tulip


No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip