setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Saturday, January 21, 2012

Tentang cinta ..


Cinta itu adalah naluri hati dan jiwa serta pengorbanan.. Terlalu banyak tentang tafsiran cinta. Melalui ‘google’ kita akan mendapati ada lebih 318, 000, 000  pautan laman sesawang yang membicarakan tentang cinta.

Ya, apabila kita membicarakan tentang cinta,kita tidak dapat lari daripada memperkatakan soal hati dan rasa seperti kata pujangga, ianya tidak kelihatan tetapi getarannya jelas terasa. Cinta itu bukan paksaan. Cinta juga bukan pemikiran. Tetapi ia adalah soal rasa.Ia datang dengan sendiri.

Setiap orang boleh memberi jawapan mereka masing-masing dalam mendefinisikan cinta yang sebenar.

1. Menurut imam al-Ghazali, cinta itu ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya (tabiat).

2. Menurut Pablo Picasso…” Love is the greatest refreshment in life”

3. Tetapi menurut Plato pula..” Love is the serious mental disease” 
           
4. Manakala Sabda rasulullah pula  bermaksud: “ seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak. ”

5. Pepatah melayu pula berkata.. “tak kenal maka tak cinta”

6. Albert Eeinstein seorang ahli fizik berpendapat …
 “Gravitation cannot be held responsible for people falling in love. How on earth can you explain in terms of chemistry and physics so important a biological phenomenon as first love? Put your hand on a stove for a minute and it seems like an hour. Sit with that special girl for an hour and it seems like a minute. That’s relativity.

7. Kahlil Gibran seorang pemuisi terkenal pula…. “ kita akan mengetahui itu adalah cinta bila kita melepaskan orang yang kita cintai itu pergi, si dia tetap kembali  pada kita. Tetapi sekiranya ia tidak kembali, selama-lamanya dia tidak akan sesekali menjadi cinta kita.”

8. Khalifah Sayidina Umar al-Khatab r.a berkata… “Sesungguhnya orang yang mencintai akhirat. Dunia pasti menyertainya”

Begitulah tentang cinta…. pelbagai tafsiran mengikut pemikiran, ilmu, kehebatan dan pengalaman yang diilalui masing2. Bagi saya pula cinta mestilah ikhlas tanpa syarat dan ganjaran. Ibarat biji benih yang dicampakkan akan tumbuh menjadi pohon yang rimbun, sekali pun hasilnya tak dikecapi  pada masa itu tetapi ia boleh memberi manfaat pada orang lain.

Cinta adalah perpautan jiwa seseorang  terhadap sesuatu yang di pandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan ‘rindu’.

No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip