setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Thursday, September 20, 2012

TeNtaNg KuBis





Definasi sayur ( sayur-sayuran) tidak tertumpu kepada kumpulan botani tertentu dan ia merangkumi pelbagai stuktur tumbuhan. Walaupun bagaimanapun, sayur boleh didefinasikan sebagai apa-apa bahagian daripada tumbuhan yang boleh dimakan oleh manusia.
Sayur dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bahagian tumbuhan yang dimakan    seperti sayur daun, buah, dan ubi/bebawang.

SAYUR DAUN

Asparagus,Bayam, Cekur manis, Kangkung, Kailan,Kubis,Kubis bunga,Kubis bunga hijau
Kubis cina,Kucai,Pegaga,Pucuk paku,Remayung,Salad,Sawi

SAYUR BUAH

Bendi,Cili,Kacang botor, Kacang buncis,Kacang manis, Kacang panjang,Kacang parang
Kacang tanah,Kundur,Labu,Labu air,Labu manis,Peria,Petola,Terung,Timun,Tomato

SAYUR UBI/ BEBAWANG

Bawang besar,Bawang merah, Bawang putih, Halia,Lobak merah, Lobak putih
Keledek,Kentang,Sengkuang


KOBIS BULAT

Kobis bulat (bahasa Inggeris: Cabbage) merupakan sejenis sayur. Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga BrassicaKobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C
Kobis adalah jenis tanaman separuh tropikal yang ditanam di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Walaubagaimanapun ianya dikatakan lebih sesuai ditanam di kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 800 meter dari paras laut dan boleh hidup subur di kawasan bersuhu 24 c.

Kawasan utama pengeluaran kobis bulat adalah di Cameron Highlands. Kobis bulat tanah rendah pula banyak ditanam di Kelantan dan tertumpu di daerah Pasir Mas dan Machang. Kobis panjang juga boleh ditanam dikawasan tanah rendah.


Bunga kobis

Nama saintifiknya ialah Hericium erinaceum atau monkeyhead mushroom. Masih kurang popular dan dikenali ramai, namun mempunyai potensi yang besar untuk dikomersilkan
. Kubis bunga, brokoli dan flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran bunga, yang mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga.  Jambak ini mengandungi putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan bentuknya bulat leper.  Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan flokoli juga tergolong di bawah kumpulan jenis kubis ini.  Spesies asal kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai terdapat secara liar di kawasn pantai laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke Eropah.  Kubis bunga telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada masa ini terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.

Kubis bunga berwarna putih, manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna kuning kehijauan.  Mengandungi khasiat makanan seperti tenaga, air, protin, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.




KOBIS CINA

Kubis cina atau Ong King atau Sayur Putih adalah sayuran berdaun berkaitan dengan kubis barat dan sama spesis seperti lobak putih biasa. Tumbuhan ini berasal dari China, berdekatan daerah Beijing, dan telah ditanam di timur Asia secara meluas.
Kubis cina adalah tumbuhan dwimusim yang ditanam sebagai semusim, membentuk satu kepala padat, silinder, dan besar. Ia berakar serabut dan daun jejala. Daunnya adalah bahagian yang dibuat makan sama ada dimasak ataupun dimakan sebagai ulam. Kobis Cina (Brassica campestris L.) adalah juga dikenali sebagai kobis panjang atau sawi putih.  Sayuran ini kaya dengan vitamin A, B, C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Kobis cina termasuk dalam sayuran jenis ‘Curicifer’ yang dipercayai berasal dari negeri China.  Tanaman ini popular di kalangan pekebun-pekebun pada tanah tinggi dan tanah pamah/rendah.



KOBES MERAH

Kobis merah (Brassica oleracea var. capitata f. rubra) adalah keluarga kobis yang berbentuk bulat, padat dan berwarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup.
Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika dibelah anda boleh mendapati ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang membuat sayur ini kelihatan mempesonakan.
Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang di kenali sebagai anthocyonin iaitu anti-oksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurang dan mengelakkan risiko mendapat kanser.
Kobis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolesterol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflavin, potasium dan serat diet. Secawan kobis yang dikisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kobis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.
Kobis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Oleh itu ikuti panduan bagaimana anda dapat mengurangkan kehilangan vitamin apabila anda memasak kobis merah.
Sebenarnya adalah lebih bagus jika anda menikmati kobis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnya secara mentah pastikan kobis ini dihiris nipis atau dicincang kecil.

Dengan berbuat demikian kobis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser.

Teknik mengukus terbukti dapat melindungi nutrien kobis daripada hilang. Memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates, jadi jika ingin memasak kobis merah hiris sederhana tebal dan biarkan 5-10 minit sebelum dimasak.

Jangan terlalu lama dimasak kerana itu akan mengurang dan menghilangkan glucosinates serta nutrien lain dalam kobis merah. Untuk memasak, panaskan periuk dengan air setinggi 2 sentimeter. Air jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan nutrien dan warnanya akan hilang dalam air. Campurkan dengan sedikit cuka atau jus sitrus agar warnanya dapat dikekalkan.



untaian taste by:

taliti tulip






No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip