setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Tuesday, October 1, 2013

Cerpen...Langit Sakura Bumi Saroja



Suatu masa dahulu,ramai kawan-kawan akan menegurku setiap pagi bila bertemu dengan berkata,
"hai, Iman..." dan ada juga berkata, "beriman tak hari ini? Sehingga hari ini, aku masih teringat senyuman dan sapaan mereka dan terngiang-ngiang kata-kata ucapan itu.

Begitu pantas masa berlalu.Terasa hidup ini bagai ada butang otomatik,bila ditekan sahaja terus melompat ke alam lain.Alangkah mudah jika butang otomatik itu menjadi milikku.Macam poket Doraemon dan macam cerita Korea bertajuk "Rooftop Prince".Senyuman meleret terus dan seorang gadis berkulit cerah, memiliki sepasang mata bundar bernama Iman Hareesa menyambung cerita kenangan lalunya.

"nak tekan butang mana ni?" soal naluri separuh sedarnya dan serentak itu dia disergah dari belakang.
"apalah, tak sempat aku nak berangan." ngomel Iman memarahi Dihar yang membantutkan imaginasinya lalu bertaburanlah butang Doraemonnya.

Begitulah rutin dua sahabat itu apabila bertemu.Riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurauan. Dihar memang suka mengusik Iman dan sebaliknya Iman pun begitu.Tangga bangunan 5 tingkat kediaman pelajar dari Malaysia itu dituruni dengan pantas.Hampir tiga tahun mereka menginap di situ sebagai pelajar dalam jurusan Architecture and civil engineering iaitu suatu jurusan yang memerlukan kemahiran professional untuk mereka bentuk dan menguruskan bangunan serta infrustruktur samada persekitaran di bandar-bandar atau kawasan luar bandar.

Sememangnya sejak kecil Iman berminat dalam apa sahaja lakaran bangunan.Pernah juga semasa kecil bekas sireh neneknya dijadikan  bahan objek untuk dia melukis bentuk bangunan yang kononnya tempat dia bermain.Akhirnya Iman dimarahi oleh neneknya.Begitulah kisah masa kecilnya dan ingatannya segera menjalar pada zaman kanak-kanaknya bersekolah di SK Taman Mega.

Seperti pelajar lain Iman juga tidak dapat lari dari desakan menyiapkan kerje sekolah, aktiviti ko kurikulum yang memenatkan dan masa yang begitu pantas.Semuanya mengajar Iman untuk menjadi pelajar yang berdisiplin.Kemuncaknya ialah dia mesti bergelut dengan peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) dan dalam masa yang sama penilaian sekolah rendah agama (psra). Kedua-duanya mesti seimbang dan Iman mahu berjaya dalam kedua-duanya meskipun dalam masa yang sama Iman diberi tanggung jawab yang berat sebagai pengawas/ murid.

Iman tidak mempunyai masalah kerana kedua ibu bapanya turut memberi sokongan. Seperti yang diimpikannya akhirnya Iman berjaya juga mengimbanginya dengan memperolehi keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat 80% ( Jayid Jiddan) dalam PSRA.Tawaran memasuki sekolah asrama penuh menyambung impiannya.Iman menerima tawaran tersebut dengan gembira.

"Iman...." panggil cikgu Fadzil telah mengejutkannya malah seluruh kelas tingkatan 6 Tekun.Iman segera memandang ke arah panggilan tersebut dan dengan tegas dan nada suara yang kuat cikgu Fadzil terus menyambung lagi,
"dengan cara awak seperti sekarang, saya cabar awak score 5A!" begitu sinis nada suara cikgu Fadzil berbaur harapan seorang guru.Tersentak Iman serentak itu rasa dirinya telah dimalukan di hadapan pelajar lain.Ingatan itu menyentap kenangan Iman kembali.Cabaran itu telah mengocak seluruh tangkai hatinya dan kelekaan yang dirasakan berada dalam zon yang selesa selama ini sebagai seorang pelajar yang aktif dan bijak telah dicabar.

Basikal jenis comfort bike ditunggangi menuruni bukit dan melintasi deretan kedai yang terdiri dari kedai elektronik, pelbagai barangan elektrik dan termasuklah kamera, telefon dan komputer. Gayanya yang santai dan tenang serta sememangnya Iman tidak ada kelas pada hari itu.Pada mulanya dia hendak mengajak Dihar tapi jawapan dari pesanan ringkas jadual kelas Dihar padat pula pada hari ini.Nampaknya terpaksalah Iman menghabiskan masanya seorang diri. Situasi itu bukan pertama kali kerana sejak bergelar pelajar di bumi asing Iman tidak mempunyai ramai kawan, bukan tidak ada pelajar  melayu lain tetapi hanya sekadar kawan biasa. Ia berbeza persahabatannya dengan Dihar.

Tiga tahun masa berlalu dan seusia itulah persahabatan mereka.Semakin hari persahabatan itu semakin matang seiring bertambah matangnya usia mereka.

"eh,Dihar...naper ni? macam ada problem jer.." soal Iman dan rasanya sudah puas mulutnya bertanya soalan yang sama, walau pun dia dapat mengagak jawapan Dihar namun dia tetap ingin ambil peduli masalah sahabatnya itu.

"errmm, takper lah, nanti bila aku dapat, aku akan cerita pada engkau yer..." Dihar sebaliknya dengan spontan membalas kesabaran Iman menanti jawapannya yang sejak tadi.

"huh, ini yang aku malas ni, ingat nak cerita tadi, aku tengok cerita Doraemon lagi baik." Iman pura-pura merajuk. Dihar tersengih melihat riaksi Iman.Sedikit tidak beriak bersalah di wajahnya kerana baginya dia memang maklum dengan perangai Iman yang tidak pernah meyimpan dalam hati pun kalau dia berkata sesuatu. Lantaran itu dia senang berkawan dengan Iman.Di hati Dihar sampai bila-bila pun gadis itu tetap akan menjadi sahabat baiknya.Dunia dan akhirat.

"aku janji, sedikit masa lagi pasti aku akan cerita, please,please,please." Dihar bersuara semula berusaha memujuk Iman dan akhirnya Iman tersenyum.

Senyuman itu meleret terus dan barulah Iman tersedar rupanya ianya sekadar imbauan kenangan.Mujurlah tidak ada sesiapa yang melihatnya ketika itu.kalau tidak pasti ada yang menyangka dia suka berimaginasi.Iman cepat-cepat kembali kepada rialiti.

"tak rela aku...uwekk...uwekk.." dia lebih rela membayangkan poket Doraemonnya.

Semekar kenangan itu langit Sakura terus menabur harum pada waktu lelahnya bergelar seorang pelajar sedangkan bumi saroja jauh mengamet rindu.Iman dan Dihar berjanji akan pulang membawa kejayaan.

untaian taste by: taliti tulip







seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip