Pokok Selasih,Basil dan Kemangi
Di negara Malaysia ia dikenali dengan nama Selasih.Di
Indonesia ia disebut daun Kemangi dan di Barat ia dinamakan Basil.Apa pun
Selasih, Kemangi dan Basil berasal dari rumpun yang sama, iaitu Lamiaceace.
Nama saintifik Selasih ialah Ocimum sancium,bagi kemangi
pula ialah Ocimum sanctum linn manakala bagi Basil di beri nama Ocimum
amboinicus.
Selasih,Kemangi dan Basil kaya dengan khasiat provitamin
A.Setiap 100gm daunnya terkandung 5.000 SI vitamin A.Selain itu. Ia juga
mengandungi kalsium dan fosfor.
Di barat, basil digunakan dalam sos spaghetti dan sos
pizza.Di Negara kita, kebanyakan orang gemar mengambil selasih sebagai ulam,
manakala bagi sebahagian masyarakat bugis menjadikannya sebagai sabagai bahan
dalam masakan sayur bening yang dicampur dengan bayam,terung dan kacang
panjang.Manakala di Indonesia penggunaan kemangi juga amat meluas dalam
masakan, antaranya dalam nasi ulam, pais ikan, laksa bogor dan
karedok(gado-gado sunda)
Di India dan sebahagian wilayah Afrika, selasih atau
kemangi ini dijadikan teh kerana aromanya yang wangi.Ia dikatakan baik diminum
bagi mereka yang diserang batuk, selsema atau demam.
Di Eropah,selain dijadikan campuran di dalam
masakan,basil juga disuling dan diambil minyaknya.Ia digunakan sebagai campuran
bahan ubat-ubatan atau pun untuk dijadikan sabun mandi,minyak wangi,losyen
badan,gula-gula herba dan juga minyak terapi.
Kemangi,basil dan selasih kaya dengan khasiat pro vitamin
A.Setiap 100 gm daunnya terkandung 5.000 SI vitamin A.Selain itu ia juga
mengandungi kalsium dan fosfor.
Basil dikatakan berasal dari India dan Peranchis dan
kemudian ia ditanam dimerata tempat di dunia.Pada zaman Greek,basil dikatakan
menjadi tumbuhan herba diraja dan hanya golongan raja sahaja yang boleh memetik
daunnya.Manakala di Romania, Basil mempunyai makna tersendiri dalam dunia
percintaaan.Lelaki Romanis yanag menerimaa setangkai basil daripada seorang
wanita,bermakna secara rasmi mereka telah ditunangkan.
Selain berfungsi sebagai bahan masakan,basil,kemangi dan
selasih juga mempunyai khasiat tersendiri dalam dunia perubatan.Secara turun
temurun,pokok beraroma ini bermanfaat untuk mengatasi kembung perut ataupun
perut yang masuk angin untuk kanak-kanak.Jika anak anda menderita kembung perut
atau demam,ramaskan daun selasih,dan campurkan sedikit minyak kelapa dan bawang
merah yang ditumbuk dibahagian dada dan perut.
Daun selasih,kemangi dan juga basil sama seperti daun
pudina.Menghasilkan bau yang wangi.Bau wangi pada daun itu boleh menghilangkan
masalah bau badan dan mulut.Maka tidak hairanlah jika pokok ini diambil minyak
sarinya untuk dijadikan minyak wangi.Ada
pendapat mengatakan minyak sari yang diambil daripada daun kemangi,basil dan
selasih hanya akan hilang baunya setelah
3 hari disapukan pada badan.Selain dijadikan minyak wangi,minyak pokok ini
dijadikan minyak urut terapi kerana ia dapat memberikan kesegaran kepada tubuh.
Bagaimana pun wanita hamil dilarang menggunakaannya kerana dikhuatiri akan
mengalami keguguran.
Selain itu, minyak kemangi,juga berkhasiat mengatasi
gangguan seperti muntah-muntah dan radang perut.Bagi kaum lelaki,Kemangi,basil
dan selasih juga memberi manfaat yang tinggi.Zat arginine yang terkandung dalam
kemangi boleh memperkuatkan daya hidup sperma .Bagi kaum
wanita pula zat daun ini dapat meransangkan hormon estrogen.Zat stigmaasterol
dalam kemangi pula dapat meransangkan permantangan sel telur, manakala zat
triptofan boleh melambatkan monopaus.
Selasih,basil dan kemangi ternyata bukanlah sebarang
sayuran,dan nikmatilah khasiatnya
untaian taste by : taliti tulip
No comments:
Post a Comment