setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Monday, December 31, 2012

Osteoporosis 1





Salah satu ialah penyakit Osteoporosis. Iaitu sejenis penyakit yang kerap menyerang mereka yang berusia 35 hingga 50 tahun.Tanda paling awal ketara wujud penyakit ini ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya.

Amalan mempertingkat kan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah antara petua2 utk menghindarkannya, mengawal atau mengubati osteoporosis ini.Pengambilan makanan yg kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat2 galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang.

Berikut ialah bahan yang kaya dengan kalsium sebagai ganti susu:

* Jus limau. Sebaik-baiknya minum jus limau setiap hari sama ada sebelah pagi atau petang.

* Kekacang. Makan sayur-sayuran jenis kacang tiga atau empat kali seminggu. Kacang soya juga dikatakan mempunyai kandungan kalsium dan protein yang tinggi.

* Sayur `broccoli'. Walaupun harganya mahal tetapi ia amat baik untuk menambah kalsium dalam badan. Sebaik-baiknya memakannya secara mentah.

* Kacang hazel dan badam juga mempunyai kalsium yang tinggi. Sebaik-baiknya makan bahan itu seminggu sekali.

* Buah-buahan. Jadikan amalan memakan buah ara dan perun hampir setiap hari.

* Sayur-sayuran. Daun selada dan kubis amat sesuai untuk meningkatkan kalsium. Bagaimanapun, cuba elak memakan bayam kerana walaupun ia mengandungi kalsium tetapi tidak sesuai untuk badan.

* Ikan sardin dan salmon. Kedua-dua jenis ikan ini amat sesuai untuk dimakan, terutama salmon yang kaya dengan vitamin D.

* Dadih atau tairu boleh diambil sesekali dalam menu makanan.
* Keju. Sesekali makan keju dan roti untuk bersarapan.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2012/02/makanan-tinggi-kalsium.html#ixzz20FC4OeJN

 Berapa banyak calcium yang diperlukan oleh tubuh seorang dewasa setiap hari?
Secara purata keperluan sehari kalsium bagi seorang dewasa adalah:
- berumur kurang daripada 50 tahun adalah sebanyak 1000mg sehari
- berumur lebih daripada 50 tahun adalah sebanyak 1200mg sehari

Apakah makanan yang mengandungi banyak kalsium?
Susu segar, susu skim, susu rendah lemak dan bukan susu pekat manis.
Yogurt, keju
Ikan sardin bersama tulang
Sayur-sayuran hijau
Cereal
Makanan berasaskan kacang soya
Ikan salmon dan kekacang

Berapa banyak calcium dalam makanan kita?
-Segelas susu segar, susu skim atau susu rendah lemak (dalam 8 oz) mengandungi kira-kira 300mg kalsium. Oleh itu kita perlu minum 3-4 gelas susu sehari jika kita tidak mengambil sumber kalsium yang lain untuk mencukupkan keperluan kalsium kita sehari

-kadar kalsium dalam satu cawan yogurt atau satu aun cheese juga sama dgn segelas susu

-ikan sardin tapi kena makan bersama tulangnya, tulang jgn buang ye juga merupakan sumber kalsium. 3 aun ikan sardine mengandungi kadar kalsium yang lebih tinggi dari segelas susu.

-Sayur-sayuran hijau. Satu cawan sayuran hijau mengandungi lebih kurang 200mg calcium

-Cereal seperti cococrunch dan yang seangkatan dengannya. Satu cawan cereal blh mengandungi sehingga 1000mg calcium. Perisa label nutrisi pada kotak cereal tersebut.

-Makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu, tempe. Setengah cawan tauhu mempunyai 258mg calcium. Di samping kalsium, tauhu juga mengandungi isoflavone yang juga boleh menguatkan tulang. Isoflavone juga mempunyai tindakan seperti estrogen (estrogen like-effect). Oleh itu ia amat sesuai untuk wanita menopause untuk menguatkan tulang mereka.

-Jika anda alergik dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas, anda boleh mengambil supplement calcium untuk membantu mendapatkan nutrisi kalsium setiap hari

Perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk menguatkan tulang

1. Senaman (weight bearing exercise) seperti berjalan laju, menari, bermain tenis. Senaman-senaman ini akan membantu menambahkan kekuatan tulang kita.

2. Menghindarkan garam. Semakin banyak garam diambil, semakin banyak calcium akan dikeluarkan semula daripada badan melalui air kencing.

3. Perlukan cahaya matahari. Badan menghasilkan vitamin D apabila mendapat rangsangan daripada cahaya matahari. Tanpa bantuan vitamin D, kalsium yang diambil oleh kita tidak dapat diserap oleh tulang.


untaian taste by: taliti tulip

Monday, December 24, 2012

Sajak: MeNaNtI EsOk




Marilah malam kita beradu
meninggalkan siang yang kelelahan
kamar ini menganyam mimpi
mengusir resah mengulek impian
lena di peraduan astaka
melakar lembar nostalgia
segaris senyum menyapa
harum dipersada usia

Ada rindu di intai setia
ada cinta di intip percaya
ada sayang di buai rasa
ada jarak yang memisahkan

Menatap dalam takdir
menanti  sebuah pertemuan
saat mentari............
bersinar esoknya kembali.


untaian taste by :

taliti tulip

Saturday, December 15, 2012

pEnYaKiT rEfLukS gAsTrOeSoFaGuS (GERD)





 Rajah: Kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esfagus atau kerongkong


Ramai yang tidak sedar dengan penyakit ini kerana simptomnya tidak difahami dengan jelas.Refluks Gastroesofagus (GERD) merupakan keadaan yang timbul kerana refluks atau regurgitasi kandungan dari perut ke esofagus.Ia menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.
Antara  simptom yang dialami pesakit termasuklah rasa loya selepas makan, pedih ulu hati khususnya pada waktu malam dan ketidak selesaan pada dada hingga kerongkong.

Menurut professor Datuk Dr.Goh Khean Lee Ketua Unit Gastroenterologi dan Hepatologi Universiti Malaya, penyakit itu berpunca kerana terjadinya aliran songsang asid perut yang mengalir merentasi sfinker esofagus bawah dan memasuki esofagus.Asid hidroklorik itu sebenarnya berfungsi dalam pencernaan makanan dan membunuh bakteria.Tetapi akibat otot sfinker yang lemah, ia gagal menghalang asidoerut mengalir ke atas.

 Apabila enzim tersebut mengalir ke esofagus, ia menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Manakala apabila aliran asid berlebihan di dalam esofagus, pesakit akan berasa panas dada dan sakit seperti mengalami sakit jantung.kepanasan boleh sampai ke tekak dan pesakit mengalami regurgitasi.

Terdapat beberapa sebab kepada penularan masalah ini antaranya tabiat tidur selepas makan, keturunan, jantina serta mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, tekanan dan obesiti.
Ketidak selesaan akibat pedih ulu hati dapat dirasakan di sekitar dada dan sesetengah orang percaya ia adalah serangan jantung.



Jika ia bukan berkaitan masalah jantung, GERD boleh dipertimbangkan sebagai diagnosis kerana kebanyakan pengidap GERD mengalami apa yang disebut sakit dada bukan kardium.

Jika keadaan ini lebih serius ia boleh menyebabkan hakisan esofagus.Namun jika dibiarkan tanpa rawatan, risiko untuk mendapat penyakit barah esofagus dan perubahan lapisan esofagus boleh meningkat.Untuk mencegah kesakitan ialah dengan meletakkan kepala dan bahu lebih tinggi bagi mengelakkan asid menjeluak dari perut.



Sumber :
Tulisan oleh: Syalmizi Hamid (KOSMO)


untaian taste by:
taliti tulip


Saturday, December 8, 2012

Canna indica Linn







Bunga kana atau tasbih mempunyai nama saintifik iaitu Canna indica Linn.Bunga ini berasal dari tropika benua Amerika.Bunga kana juga dianggap sebagai Tulip Asia.

Bunga Kana atau Tasbih ini merupakan bunga hiasan yang sering ditemui dihalaman rumah.Bunga Kana atau Tasbih ini berasal dari keluarga canaceae dan satu kelompok dengan keluarga zingiberales,iaitu pisang, halia dan lain-lain.Bunga ini termasuk tanaman yang berperdu dan mempunyai berbagai-bagai jenis iaitu Canna Indica, Canna generalis dan Canna endulis.





Meskipun berasal dari kawasan tropika benua Amerika dan merupakan tanaman yang biasanya tumbuh di hutan dan pergunungan dan kian banyak orang menjadikannya sabagai tanaman hiasan di halaman rumah dan mempercantikkan taman bunga.Bunga ini termasuk bunga terna yang besar, bunga tahunan dan tingginya mencecah 2 meter.Bunga ini mempunyai akar yang tebal seperti ubi, memiliki daun yang besar dan lebar serta berduri dan berwarna hijau.




Bunga Kana bersaiz besar,berwarna cerah dan tersusun dalam rangkaian berbentuk tandan.Bunga ini mempunyai berbagai jenis warna seperti merah,kuning dan jingga.Buahnya pula terdiri daripada buah kendaga, banyak biji dan berbentuk bulat.

Bunga Kana juga mempunyai banyak kandungan kimia.Di dalamnya, terdapat enam substansi phenol,dua terpene,empat coumarin,pati, gelukosa, lema alkaloid dan getah. Bahagian yang bermanfaat ialah rizom, daun dan bunga dalam keadaan segar atau kering.




Akar dan rizom terasa manis dan bersifat sejuk.Ia berkhasiat sebagai bahan penyejuk, penuru panas(antipyretic)meredakan demam (antiseptic),pelawas kencing (deuretik) penenang(tranquiliter), menurunkan tekanan darah  tinggi (hipertensi),menyembuhkan disentri kronik,buasir, keputihan dan radang hati yang disertai kuning.selain itu terdapat juga khasiat yang lain iaitu mengatasi chronic dydentery,metrorrhagia(haid yang banyak),keputihan (leucorrhoea),sakit kuning(acute icteric hepatitis)dan batuk darah (hemoptysis). 

untaian taste by :
taliti tulip

Sunday, November 18, 2012

Sajak : TasBih CinTa






Indahnya dunia
Bila semuanya bersatu
Kongsi rasa
Dalam naluri yang sama
Lalu tersenyum
Ke satu arah


Bagaikan hasrat
Yang menyatu
Mekar berwarna
Mengisi cinta
Tenang tanpa suara
Getarnya amat terasa


Manisnya kerinduan
Sebuah keajaiban
Impian syurga
Tiada jawapan
Pertanyaan semalam


Laut kejujuran
Langit kesetiaan
Bumi pengorbanan
Naluri pun berbisik
Menyusup rasa cinta
Segenap ruang bertasbih
Turut bahagia


untaian taste by : 
taliti tulip



Friday, November 2, 2012

I Love My Mom 我爱你的妈妈 Saya sayang ibu நான் அம்மா காதல்






Setiap orang ada mempunyai ibu.Ibulah yang mengandung sejak di alam “Rahim”,ibulah yang melahirkan,ibulah yang menyusui, ibulah yang membesar dengan penuh kasih sayang,mendidik sejak bayi hinggalah mengenal dunia ini yang penuh dengan keindahan, cabaran dan ujian .
Tiada bahasa yang dapat menggambarkan nilai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.sehingga tukaran dengan nyawa pun seorang ibu itu sanggup.





Hilang kesakitan seorang ibu bertarung nyawa saat  melihat wajah anaknya lahir dari rahimnya.
Hilang lapar seorang ibu ketika merawat anak nya yang sedang kesakitan
Hilang kegembiraan seorang ibu bila mendengar anak nya sedang kesusahan
Hilang kesedihan seorang ibu saat  menerima kejayaan anaknya
Hilang kebahagiaan seorang ibu saat anaknya gagal dalam hidup






Inilah antara gambaran perasaan dan naluri seorang ibu.Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu,
Hingga mendorong saya untuk mengumpulkan di sini bagaimana gambaran tentang kemuliaan seorang ibu daripada beberapa petikan hadis dan Firman Allah SWT.

1. Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
 Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



2.Firman Allah lagi yang bermaksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”





 3. Manakala dari surah Luqman ayat 14:
Allah SWT berfirman yang bermaksudnya:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”





4.Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
Maksudnya:“Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.” (Riwayat al- Bukhari)




5.Manakala firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24




6.Seterusnya dari Surah Luqman: 14 , Allah SWT  berfirman yang bermaksud:
"Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali."
(Q.S.Luqman:14)




Demikian lah yang dapat saya kongsi bersama tentang sifat seorang ibu,bagaimana gambaran perasaannya,pengorbanannya dan kemuliaannnya yang tidak dapat dinafikan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Ini jualah  keistimewaan dalam keseluruhan kehidupan  seorang ibu menyangupi dan merangkumi  tanggung jawab yang tidak akan terlerai sampai bila-bila.Sesuatu anugerah yang mesti di jaga,di belai dan terhutang sampai kehujung nyawa.Seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tetapi seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya.



Untaian taste by :

taliti tulip


Thursday, October 25, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL AdHa





Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (Ibadat Korban)."






untaian taste by :
taliti tulip

Sunday, October 21, 2012

Sambungan dari cerpen: Seharum Kasih Sebuah Kelahiran



 ‘Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat,badannya akan kuat, orang yang banyak menderita,jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada tuhan’



                Seharian  kakinya melangkah dan menapak mengikut hayunan hati.Tidak pasti dan rencam rentaknya .Berlari,melompat  dan berjalan  bak riak ombak yang menghempas di pantai.Kicau burung  bersiulan merdu,harmoni dan indah.Itulah  Muaz’  kekadang dipanggil  Ad’ dalam bicara telornya.Menjadi permainan ejekan budak kampung, desa dan tanjung.Peduli apa pada Muaz’, dia ada dunianya sendiri dan Ad’ pun ada dunianya juga.
Paling seronok kalau dapat melebar senyum ,bernyanyi riang, meredah semak samun  atau memasang  angan sambil duduk di dahan pokok.Apa sahaja disekeliling menjadi tatapan ,ratapan dan pengalaman.Itulah dunia Muaz’ atau Ad’.

                Segala kehendak menjadi tanggungjawab dan rutin yang dipenuhi  oleh si bu dalam membesarkan Muaz’.Anak-anak yang lain amat memahami dan masing-masing menyayangi  Muaz’ sejak dilahirkan hinggalah kini,sentiasa dan selamanya.Sungguh istimewa Muaz’ pada mereka.Secomel wajahnya  yang bermulut kecil,bermata sepet,  jejari yang pandek dan seragam serta tubuhnya yang kecil.walaupun bicaranya tidak sepetah dan sejelas kanak-kanak yang lain namun kerenahnya senang diuruskan dan aksinya sentiasa mencuit hati si ibu .Kehendak yang sama setiap hari dan kemanjaan yang mengundang bahagia buat seisi keluarga.

Segalanya masih segar di ingatan si ibu saat dia bertarung nyawa melahirkan Muaz.Kandungan pramatang berusia 32 minggu dan seberat 1.23 gram .Namun sepanjang kehamilan dia tidaklah begitu teruk mengalami alahan, seperti kandungannya yang sebelum dia hanya mengalami mual dan muntah di sebelah pagi.selebihnya dia tetap sihat dan dapat memenuhi rutin harian seperti biasa.Namun kuputusan ujian ultra sound saat kehamilan mencecah  15 minggu benar-benar mengejutkannya.Menurut doktor ia disebabkan  oleh keabnormalan pada kromosom ke 21 yang sepatutnya hanya sepasang telah menjadi tiga, disamping faktor usianya ketika dia hamil telah mencecah 45 tahun.


Terdiam dan amat mengejutkan bagi si ibu dan serentak itu meresap perlahan  surah Asy-Syura ayat 49 yang bermaksud “Kepunyaan Tuhan kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang dikehendakinya. Dia mengurniakan kepada siapa yang disukaiNYA anak perempuan, dan kepada siapa yang disukaiNYA anak lelaki.” Seperti suatu kekuatan untuknya dalam  menerima ketentuan ilahi.Anak adalah satu anugerah.

“boo, ‘ad ain caner….aaaaa…..tu tuu ttuuu.”tangan si ibu digoncang dengan erat memaksa ibu tanpa sempat berfikir menuruti kehendaknya.Gema ayat suci yang melintasi di fikiran sebentar tadi lenyap  bersama suara yang mengalunkannya dek desakan ‘Ad mengajaknya bermain.

Tidak pada si ibu tetapi iya pada si anak.Itulah kerenah si “Ad yang tidak menentu dan hanya si ibu sahaja yang memahami.Sering kali saat bersendirian,air mata akan menemaninya dan meluncur membasahi pipi si ibu.Menangis bukan bererti menyesali tetapi memikirkan bagaimanakah nasib ‘Ad andai dia tiada nanti.

Sebagai ibu dia mahu yang terbaik buat “Ad.Anaknya mesti  menjalani kehidupan normal seperti anak-anak  lain.Ad tetap bersekolah dan dengan pengesahan surat doktor ‘Ad  ditempatkan di Sekolah yang ada program pendidikan khas integrasi.Tidak terucap di hati si ibu apabila, hari pertama ‘Ad memakai uniform sekolah dan seperti anak-anak lain,’Ad juga  dihantar oleh si Ibu mengenal suasana baru. Sepanjang waktu persekolahan si ibu menemani ‘Ad dan keesokannya tetap sama begitulah sehingga ‘Ad mengenal alam persekolahn, mendapat teman baru dari kelas nya yang sama dan mulai  mesra dengan semua guru yang mengajarnya.Sokongan dan bantuan semua pihak  serta suasana pembelajaran di sekolah membantu ‘Ad semakin pandai mengurus dirinya.

Hati si ibu berbunga riang dan bahagia di atas perkembangan anaknya. Mu’az atau ‘Ad sentiasa istimewa di hati sesiapa pun.


Untaian taste by:
taliti tulip




Saturday, October 20, 2012

MeNuJu JaLaN YaNg LuRus


"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.Sesungguhnya Allah benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang."
Surah an-Nahl : 18




"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."
Surah Al-Imran : 190




"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
Surah An -Nahl : 128




"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasulnya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghinakan."
Surah Al- Ahzab : 57




"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau!" maka ia terus menjadi."
Surah Yasin : 82




"Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hambanya ( yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."
Surah Asy- Syura : 25




"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu."
Surah Muhammad: 33




"(Setelah mengetahui yang demikian). maka hendaklah manusia memikirkan daripada apa ia diciptakan."
Surah Ath- Thariq : 5




"Dan (dengan itu ) sampaikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar daripada Allah."
Surah al -Ahzab : 47



Sumber Rujukan :Imam Jalaluddin As-Sayuthi,Asbab Nuzul Al-Quran 2008 Darul Fajr
diterjemahkan oleh panel penterjemah dan disemak oleh: Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz



untaian taste by:
taliti tulip

Thursday, October 11, 2012

AnAk AdALaH AnUGeRaH




CERPEN: SEHARUM  KASIH  SEBUAH  KELAHIRAN

Sesuatu yang hebat tidak selalu diberi kesempatan walaupun peluang berada di hadapan mata.Ianya hanya untuk yang menghargai. Serpihan bunga-bunga harapan terlontar di pelantar rasa.Hilang carik berlantai papan yang reput di mamah mentari dan diresap basah dek  hujan. Pun begitu segalanya masih belum bernoktah untuk  terus memahat harapan.

Seiring waktu itulah aku kini  sudah seminggu  berada dalam dunia yang serba asing. Aku yang hanya mahu dikenali sebagai “nutfah”.Tidak dapat hendak digambarkan bagaimana dunia yang serba asing ini. Dipenuhi dengan bendalir menyeliputi segenap dinding. Pada saat tiada sesiapa pun hanya sepi yang bersemi.

Demikianlah setelah tujuh hari aku mula membentuk seketul darah yang dipanggil “alaqah”. Bertaut pada dinding yang gelap gelita. Sedangkan saizku hanya dua milimeter dan beransur membesar sehingga enam milimeter di saat usiaku menginjak empat minggu. Oh,alangkah cepatnya perubahanku dan pada saat inilah aku bertukar menjadi “mudghah” iaitu seketul daging.

Lantas pada kalimah “ Lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”dari surah al-Mukminun membuat aku mengenal pencipta ku. Hanya dialah yang aku kenal di awal kejadian ku ini. Dunia indah ikatan kesaksian antara makhluk dan penciptanya. Begitulah sehingga menjengah usia lima minggu, tubuhku mengalami satu proses yang membentuk tiga lapisan iatu lapisan pertama ektoderma yang berfungsi membentuk sistem saraf, otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan ke dua pula dinamakan mosoderma yang berfungsi membentuk jantung, buah pinggang, tulang dan organ-organ reproduktif. Akhir sekali ialah lapisan paling dalam” endoderma” yang membentuk organ dalaman seperti usus, hati , pankreas dan pundi kencing.

Beginilah proses kejadianku menghitung hari dan ianya jua satu peluang dan harapan untukku terus melangkah. Ternyata pada usia ku lapan minggu berlaku pembentukan lubang hidung, bibir, mulut dan lidah. Segala yang ku lalui ini sedikit pun tidak memberi aku kepayahan atau  kesakitan. Ianya amat tenang dan damai kerana maha suci tuhanku telah menciptakan aku seperti di dalam firman-Nya:

 “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dan Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan)kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat”

Pada saat jari jemariku mampu digerakkan dari tahap kekuatan tanpa sedar aku memanjat kesyukuran padaNya. Ah, tidak sabar pula aku rasakan. Lebih lebih lagi tanpa siapa tahu diusiaku mulai lima belas minggu aku sudah mampu mengenggam jemari dan menghisap ibu jari dan pada usia enam belas minggu pula aku dianugerahkan nikmat pendengaran. Aku dapat mendengar kocakan cecair sedang tubuhku beralun-alun. Suatu tempat yang aku difahamkan ialah rahim. Ya.. Rahim yang bermaksud kasih sayang. Kasih sayang yang berputik dan mendesah dari sudut yang paling dalam.

Hari ini, buat pertama kalinya aku mendengar tangisan dan esakan seseorang dari dinding rahim. Tangisan itu menghantar getaran syahdu dalam jiwa. Aku tidak pasti mengapa suara itu hadir yang pasti aku merasakan akar kasih mulai tumbuh dari tanah sukmaku seperti meronta-ronta mahu mengenali pemilik suara itu kerana ia meresap menyatu dalam naluriku. Entah mengapa keluh kesahnya sering bergema dan menyelinap ke corong telingaku. Aduhai! saat saat usapan dari dinding rahim bersatu dengan lirih suara yang lemak merdu itu lalu terluncur kata”sayang anakku, permata hati mama”aku terpegun mendengar rintih pilunya dan aku mulai yakin dialah pemilik suara itu dan pemilik rahim ini yang sedang ku huni. Betapa rindunya aku pada suara itu.

Hari ini, genaplah usiaku tiga puluh dua minggu. Aku tidak selesa lagi untuk mendiami kelongsong Rahim yang semakin sempit dek tubuhku yang semakin membesar serta mengawal pergerakan ini. Satu Kuasa yang aneh semakin kuat mencengkam dan menolakku kelohong yang hitam dan sempit. Cecair pekat mulai membuak dan pecah. Getaran dan tindak balas semakin meledak hingga membuat wajah ku terbenam ke dasar lohong. Aku terpaksa mengumpul kekuatan untuk menolak keluar dari kelonsong yang serba sempit ini.Namun aku tak berdaya walaupun seluruh kekuatan telah kukumpul.Saat ini juga aku turut merasakan pemilik rahim ini sedang berjuang menghela nafas yang panjang dalam satu detik yang cemas diambang sebuah kematian.seluruh kekuatan yang pasrah memanggil nama tuhan namun ketentuannya tidak siapa dapat menduga.Aku dan pemilik rahim ini umpama satu jasad dua roh yang bercantum, bersama mengharung detik terakhir dihujung nyawa.

Sebuah kehidupan mesti diteruskan dan dengan bantuan sekumpulan pakar perubatan telah berusaha seluruh tenaga menyelamatkan aku dan pemilik rahim ini.Lapan jam telah berlalu akhirnya aku berupaya melihat satu cahaya yang menerobos terus ke mataku dan aku meraung sekuat hati.nafasku terasa sesak dan aku cuba menghirup udara dan seketika aku mendengar laungan kalimah azan.Begitu syahdu dan membenam jauh kedasar hatiku membuat tangisan ku reda.

Akhirnya Kesepian dan perjalanan ku  selama sepuluh bulan ini jadi terubat bila aku kini berada dalam dakapan dan pelukan pemilik rahim yang kuhuni selama ini yang juga merupakan seorang ibu buatku. Ohh…. mataku mulai berkaca. Rupanya disinilah dunia yang membahagiakan ku. Di sinilah aku mencicip seharum kasih dari RAHMAT dan RAHIM mu yang tak putus-putus.

Walaupun sayup-sayup  kuterdengar suara doktor memberitahu ibuku bahawa aku mengalami masalah sindrom down iaitu suatu penyakit berpunca dari kecelaruan genetik yang wujud apabila berlaku kelebihan kromosom 21 di dalam setiap sel badan.Namun dalam esak tangisnya kuselami ada lantunan kasih penuh kebahagiaan dari jiwa nan murnimu ibu.aku memanjat kesyukuran kepada tuhan yang telah merencanakan hakikat sebuah penciptaanku ini Semoga ibuku diberi kekuatan dalam membesarkanku.Alhamdulillah segala puji bagi Allah.


UNTAIAN TASTE BY:
taliti tulip

Tuesday, October 9, 2012

WoNdErFuL SuNsHiNe

























seluas  lautan
semesra langit
bersatu di horizon
berlabuh wajah rindu
menanti dalam doa

untaian taste by:
taliti tulip








Kejujuran Iblis Kepada Nabi Muhammad SAW





Sebuah Hadits Rasul yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal R.A dari Ibnu Abbas R.A keduanya berkata :


 ”Kami bersama Rosululloh SAW berada dirumah seorang sahabat dari golongan Anshor (di Madinah) dimana para sahabat sedang berkumpul dirumah tersebut.
“Ketika kami sedang bersama Rosululloh SAW di kediaman  seorang sahabat Anshar, tiba – tiba terdengar panggilan seseorang dari  luar rumah:

“Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk..? Sebab kalian akan  membutuhkanku. “
Rosululloh bersabda:”Tahukah kalian siapa yang  memanggil?”
Kami menjawab: “Alloh dan RosulNya yang lebih  mengetahui.”
Beliau melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Alloh  bersamanya.”
Umar bin Khattab berkata: “izinkan aku membunuhnya wahai  Rosululloh”
Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah  kamu tahu bahwa Alloh SWT memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih  baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Alloh  untuk ini,  pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan  baik.”
Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka,  ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. di janggutnya terdapat 7 helai rambut  seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya  seperti bibir sapi.
Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad,… . salam untukmu  para hadirin…”
Rosululloh SAW lalu menjawab:  Salam hanya  milik Alloh SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa  keperluanmu?”
Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas  kemauanku, namun karena terpaksa.”
” Siapa yang  memaksamu?”
Seorang malaikat dari utusan Alloh telah mendatangiku  dan berkata:
“Alloh  SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan  diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. jawabalah  dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Alloh, andai kau  berdusta satu kali saja, maka Alloh akan jadikan dirimu debu yang ditiup  angin.”
Oleh  karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. jika aku  berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku  daripada cacian musuh.”


ORANG YANG DIBENCI OLEH IBLIS

Rosululloh  SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur,  siapakah manusia yang paling kau benci?”
Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk  Allah yang paling aku  benci.“

“Siapa  selanjutnya?”
“Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi  kepada Allah SWT.”
“lalu siapa  lagi?”
“Orang Aliim dan wara’  (Loyal)”
“Lalu siapa  lagi?”
“Orang  yang selalu  bersuci.”
“Siapa  lagi?”
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah  mengeluhkan kesulitannnya kepda orang lain.“
Tanda  orang  sabar

“Apa tanda  kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya  kepada orang lain selama 3  hari, Alloh akan memberi pahala orang -orang  yang sabar.”
” Selanjutnya  apa?”
“Orang kaya yang bersyukur.“
Tanda orang Syukur

“Apa tanda  kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan  mengeluarkannya juga dari tempatnya.“
“Orang seperti apa Abu  Bakar menurutmu?”
“Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam  Islam.”
“Umar bin  Khottob?”
“Demi Alloh setiap berjumpa dengannya aku  pasti kabur.”
“Usman bin  Affan?”
“Aku  malu kepada orang yang  malaikat pun malu kepadanya.”
“Ali bin Abi  Tholib?”
“Aku  berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan  aku melepaskannya. tetapi ia tak akan mau melakukan itu.”  (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Alloh SWT)
Amalan Yang  Dapat Menyakiti Iblis

“Apa yang kau rasakan  jika melihat seseorang dari umatku yang hendak  sholat?”
“aku  merasa panas dingin dan gemetar.”
“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x  kepada Alloh, Alloh mengangkatnya 1 derajat.”
“Jika seorang umatku  berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia  berbuka.”
“Jika ia  berhaji?”
“Aku  seperti orang  gila.”

“Jika ia membaca  al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah diatas  api.”
“Jika ia  bersedekah?”
“Itu sama saja  orang tersebut membelah tubuhku  dengan gergaji.”
“Mengapa bisa  begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya.  yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak  akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam  musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan  pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan  Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan  tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar  hatimu?”
“Istighfar di waktu siang dan  malam.”
“Apa yang dapat mencoreng  wajahmu?”
“Sedekah yang diam – diam.”

“Apa yang dapat menusuk  matamu?”
“Shalat fajar.”
“Apa yang dapat memukul  kepalamu?”
“Shalat  berjamaah.”
“Apa yang paling  mengganggumu?”
“Majelis para  ulama.”
“Bagaimana cara  makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan  jariku.”
“Dimanakah kau menaungi  anak – anakmu di musim panas?”

“Di bawah kuku  manusia.”

Wallahu a'lam

Information ini saya ambil dari blog Ikhwan
Terima Kasih

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip