Setiap orang ada mempunyai ibu.Ibulah yang mengandung sejak
di alam “Rahim”,ibulah yang melahirkan,ibulah yang menyusui, ibulah yang
membesar dengan penuh kasih sayang,mendidik sejak bayi hinggalah mengenal dunia
ini yang penuh dengan keindahan, cabaran dan ujian .
Tiada bahasa yang dapat menggambarkan nilai pengorbanan dan
kasih sayang seorang ibu.sehingga tukaran dengan nyawa pun seorang ibu itu
sanggup.
Hilang kesakitan seorang ibu bertarung nyawa saat melihat wajah anaknya lahir dari rahimnya.
Hilang lapar seorang ibu ketika merawat anak nya yang sedang
kesakitan
Hilang kegembiraan seorang ibu bila mendengar anak nya sedang
kesusahan
Hilang kesedihan seorang ibu saat menerima kejayaan anaknya
Hilang kebahagiaan seorang ibu saat anaknya gagal dalam
hidup
Inilah antara gambaran perasaan dan naluri seorang ibu.Sungguh
mulia pengorbanan seorang ibu,
Hingga mendorong saya untuk mengumpulkan di sini bagaimana
gambaran tentang kemuliaan seorang ibu daripada beberapa petikan hadis dan
Firman Allah SWT.
1. Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim.
Ertinya: Dari Abu
Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW
maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk
diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata
lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian:
kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa?
Rasullullah menjawab:”AYAHMU”
2.Firman Allah lagi yang bermaksudnya:“Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah
engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan
janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Allah SWT berfirman yang bermaksudnya:“Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa
dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah
tempat kembalimu.”
4.Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat
bersabda :
Maksudnya:“Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan
baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi
bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda
“Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”
(Riwayat al- Bukhari)
5.Manakala firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana
belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah
mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa
kecil.”(Surah al-Israa’:24
6.Seterusnya dari Surah Luqman: 14 , Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu
bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali."
(Q.S.Luqman:14)
Demikian lah yang dapat saya kongsi bersama tentang sifat
seorang ibu,bagaimana gambaran perasaannya,pengorbanannya dan kemuliaannnya
yang tidak dapat dinafikan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Ini jualah keistimewaan dalam keseluruhan kehidupan seorang ibu menyangupi dan merangkumi tanggung jawab yang tidak akan terlerai sampai
bila-bila.Sesuatu anugerah yang mesti di jaga,di belai dan terhutang sampai
kehujung nyawa.Seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tetapi
seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya.
Untaian taste by :
taliti tulip
No comments:
Post a Comment