setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, October 21, 2012

Sambungan dari cerpen: Seharum Kasih Sebuah Kelahiran



 ‘Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat,badannya akan kuat, orang yang banyak menderita,jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada tuhan’



                Seharian  kakinya melangkah dan menapak mengikut hayunan hati.Tidak pasti dan rencam rentaknya .Berlari,melompat  dan berjalan  bak riak ombak yang menghempas di pantai.Kicau burung  bersiulan merdu,harmoni dan indah.Itulah  Muaz’  kekadang dipanggil  Ad’ dalam bicara telornya.Menjadi permainan ejekan budak kampung, desa dan tanjung.Peduli apa pada Muaz’, dia ada dunianya sendiri dan Ad’ pun ada dunianya juga.
Paling seronok kalau dapat melebar senyum ,bernyanyi riang, meredah semak samun  atau memasang  angan sambil duduk di dahan pokok.Apa sahaja disekeliling menjadi tatapan ,ratapan dan pengalaman.Itulah dunia Muaz’ atau Ad’.

                Segala kehendak menjadi tanggungjawab dan rutin yang dipenuhi  oleh si bu dalam membesarkan Muaz’.Anak-anak yang lain amat memahami dan masing-masing menyayangi  Muaz’ sejak dilahirkan hinggalah kini,sentiasa dan selamanya.Sungguh istimewa Muaz’ pada mereka.Secomel wajahnya  yang bermulut kecil,bermata sepet,  jejari yang pandek dan seragam serta tubuhnya yang kecil.walaupun bicaranya tidak sepetah dan sejelas kanak-kanak yang lain namun kerenahnya senang diuruskan dan aksinya sentiasa mencuit hati si ibu .Kehendak yang sama setiap hari dan kemanjaan yang mengundang bahagia buat seisi keluarga.

Segalanya masih segar di ingatan si ibu saat dia bertarung nyawa melahirkan Muaz.Kandungan pramatang berusia 32 minggu dan seberat 1.23 gram .Namun sepanjang kehamilan dia tidaklah begitu teruk mengalami alahan, seperti kandungannya yang sebelum dia hanya mengalami mual dan muntah di sebelah pagi.selebihnya dia tetap sihat dan dapat memenuhi rutin harian seperti biasa.Namun kuputusan ujian ultra sound saat kehamilan mencecah  15 minggu benar-benar mengejutkannya.Menurut doktor ia disebabkan  oleh keabnormalan pada kromosom ke 21 yang sepatutnya hanya sepasang telah menjadi tiga, disamping faktor usianya ketika dia hamil telah mencecah 45 tahun.


Terdiam dan amat mengejutkan bagi si ibu dan serentak itu meresap perlahan  surah Asy-Syura ayat 49 yang bermaksud “Kepunyaan Tuhan kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang dikehendakinya. Dia mengurniakan kepada siapa yang disukaiNYA anak perempuan, dan kepada siapa yang disukaiNYA anak lelaki.” Seperti suatu kekuatan untuknya dalam  menerima ketentuan ilahi.Anak adalah satu anugerah.

“boo, ‘ad ain caner….aaaaa…..tu tuu ttuuu.”tangan si ibu digoncang dengan erat memaksa ibu tanpa sempat berfikir menuruti kehendaknya.Gema ayat suci yang melintasi di fikiran sebentar tadi lenyap  bersama suara yang mengalunkannya dek desakan ‘Ad mengajaknya bermain.

Tidak pada si ibu tetapi iya pada si anak.Itulah kerenah si “Ad yang tidak menentu dan hanya si ibu sahaja yang memahami.Sering kali saat bersendirian,air mata akan menemaninya dan meluncur membasahi pipi si ibu.Menangis bukan bererti menyesali tetapi memikirkan bagaimanakah nasib ‘Ad andai dia tiada nanti.

Sebagai ibu dia mahu yang terbaik buat “Ad.Anaknya mesti  menjalani kehidupan normal seperti anak-anak  lain.Ad tetap bersekolah dan dengan pengesahan surat doktor ‘Ad  ditempatkan di Sekolah yang ada program pendidikan khas integrasi.Tidak terucap di hati si ibu apabila, hari pertama ‘Ad memakai uniform sekolah dan seperti anak-anak lain,’Ad juga  dihantar oleh si Ibu mengenal suasana baru. Sepanjang waktu persekolahan si ibu menemani ‘Ad dan keesokannya tetap sama begitulah sehingga ‘Ad mengenal alam persekolahn, mendapat teman baru dari kelas nya yang sama dan mulai  mesra dengan semua guru yang mengajarnya.Sokongan dan bantuan semua pihak  serta suasana pembelajaran di sekolah membantu ‘Ad semakin pandai mengurus dirinya.

Hati si ibu berbunga riang dan bahagia di atas perkembangan anaknya. Mu’az atau ‘Ad sentiasa istimewa di hati sesiapa pun.


Untaian taste by:
taliti tulip




No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip