Bunga kana atau tasbih mempunyai nama saintifik iaitu Canna
indica Linn.Bunga ini berasal dari tropika benua Amerika.Bunga kana juga
dianggap sebagai Tulip Asia.
Bunga Kana atau Tasbih ini merupakan bunga hiasan yang
sering ditemui dihalaman rumah.Bunga Kana atau Tasbih ini berasal dari keluarga
canaceae dan satu kelompok dengan keluarga zingiberales,iaitu pisang, halia dan
lain-lain.Bunga ini termasuk tanaman yang berperdu dan mempunyai berbagai-bagai
jenis iaitu Canna Indica, Canna generalis dan Canna endulis.
Meskipun berasal dari kawasan tropika benua Amerika dan
merupakan tanaman yang biasanya tumbuh di hutan dan pergunungan dan kian banyak
orang menjadikannya sabagai tanaman hiasan di halaman rumah dan mempercantikkan
taman bunga.Bunga ini termasuk bunga terna yang besar, bunga tahunan dan
tingginya mencecah 2 meter.Bunga ini mempunyai akar yang tebal seperti ubi,
memiliki daun yang besar dan lebar serta berduri dan berwarna hijau.
Bunga Kana bersaiz besar,berwarna cerah dan tersusun dalam
rangkaian berbentuk tandan.Bunga ini mempunyai berbagai jenis warna seperti
merah,kuning dan jingga.Buahnya pula terdiri daripada buah kendaga, banyak biji
dan berbentuk bulat.
Bunga Kana juga mempunyai banyak kandungan kimia.Di
dalamnya, terdapat enam substansi phenol,dua terpene,empat coumarin,pati, gelukosa,
lema alkaloid dan getah. Bahagian yang bermanfaat ialah rizom, daun dan bunga
dalam keadaan segar atau kering.
Akar dan rizom terasa manis dan bersifat sejuk.Ia berkhasiat
sebagai bahan penyejuk, penuru panas(antipyretic)meredakan demam
(antiseptic),pelawas kencing (deuretik) penenang(tranquiliter), menurunkan tekanan
darah tinggi (hipertensi),menyembuhkan
disentri kronik,buasir, keputihan dan radang hati yang disertai kuning.selain
itu terdapat juga khasiat yang lain iaitu mengatasi chronic
dydentery,metrorrhagia(haid yang banyak),keputihan (leucorrhoea),sakit
kuning(acute icteric hepatitis)dan batuk darah (hemoptysis).
untaian taste by :
taliti tulip
No comments:
Post a Comment