TANDA-TANDA SEBELUM MATI
Adapun tanda-tanda kematian mengikut Ulama adalah benar
dan wujud Cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu
memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung
akan kesukaran menghadapi sakratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat
baginda.
TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN
Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya
dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimanapun
semua orang islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
menggigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan bergetar. Tanda ini rasanya
lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat.
TANDA 4O HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika itu daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T.Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita.Ia
akan mulai mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih
akan merasa bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ia berselera makan.
TANDA 3 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah
dahi kita iaitu antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun.Ini
menandakan kita tidak sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku keadaan dimana satu keadaan sejuk dibahagian
pusat dan dia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahgian
halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedtangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada
Allah S.W.T semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah
yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita
dapat membuat persiapan terakhir dan memohon keampunan dari Allah S.W.T.
Allahu a’lam
Untaian taste by:
Taliti tulip
No comments:
Post a Comment