setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Saturday, September 22, 2012

KepeRLuan ProTeiN







Keperluan protein

Bagi anda yang mempunyai masalah gastrik, diet yang sesuai adalah sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang, sihat dan masa yang tetap dalam jumlah makanan yang konsisten.

 Lebihkan sayuran dan buahan. Tetapi kurangkan protein haiwan kerana ia menggalakkan penghasilam jus gastrik. Amalan pengambilan madu yang sederhana boleh mengurangkan masalah gastrik.

"Terdapat dua kelas protein, yang pertamanya ialah protein lengkap iaitu makanan yang mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh (banyak daripada sumber haiwan berbanding sumber tumbuhan).

 Kedua, protein tidak lengkap iaitu kebanyakannya daripada sumber tumbuhan," jelasnya. Seperti yang diketahui umum, protein haiwan boleh diperoleh daripada daging, ayam, ikan dan juga telur. Manakala protein tumbuhan daripada bijiran, kacang dan produk soya.

Protein merupakan himpunan beberapa asid amino yang diikat oleh ikatan peptida. Ia merupakan komponen major bagi tisu badan dan ia penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.

Ramai yang tidak menyedarinya keperluan pemakanan mereka. Sesungguhnya, pengambilan protein yang berlebihan menyebabkan berlakunya kegagalan buah pinggang. Hal ini berlaku apabila seseorang mengambil protein dalam kuantiti yang berlebihan, ia akan meningkatkan beban kepada buah pinggang untuk melakukan proses penyingkiran. Jadi, ia akan menyebabkan kegagalan buah pinggang berlaku disebabkan beban ini.

Sebagai contoh, seseorang makan dengan nasi ayam, ayam percik, ikan bakar yang bersaiz besar, secara sedar atau tidak berlaku pengambilan protein yang berlebihan. Saranan hanya menyarankan dalam dua hingga tiga hidangan sahaja.

Selain itu, seseorang yang mengambil protein yang berlebihan juga boleh menjadi obes. "Ini kerana protein yang berlebihan dalam badan yang tidak digunakan akan menjadi lemak dan tersimpan dalam tubuh. Hal ini ditambah pula dengan kehadiran lemak dan minyak jika seseorang berterusan mengambil makanan yang digoreng. Ini meningkatkan risiko obesiti.

Kurangkan makan makanan berprotein daripada lemak daging, telur,dan keju, ambil makanan yang mengandungi protein tumbuh-tumbuhan kerana protein dari haiwan menyebabkan kolestrol yang tidak berguna. -perbanyakkan makan buah dan sayuran terutamanya yang tinggi kandungan vitamin A dan C.

 Brokoli dan kubis adalah penuh dengan kandungan vitamin A dan C.Manakala kacang botol pula mengandungi kandungan protein yang lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain.




untaian taste by:

taliti tulip

No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip