setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Thursday, September 27, 2012

Asparagus





ASPARAGUS (Asparagus officinalis Linn) adalah sejenis sayuran dari keluarga LILIACEAE yang berasal daripada kawasan Meditrenean dan tersebar ke Eropah, Asia dan beberapa negara lain didunia. Asparagus adalah tanaman yang digunakan untuk sayuran dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Pucuk atau Tunas Asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah.



Rebung asparagus kaya dengan triptofan, vitamin B1, B2, B3, B6,A,C,K,Mangan,serat,tembaga,osfor,kalium,protein,zat besi,kalsium,fosforus,sodium,potassium,tannin,purin,methlyl mercaptan, S-methlyl-3-(methylthio) thiopropionate dan niasin. Ia mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiroid,pineal, adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa,pancreas dan kulit.Asparajin di dalamnya dapat membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.



Pokok Asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang.Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya.Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur atau rebung lalu keluar pada permukaan tanah, berwarna hijau muda.Sulur atau rebung yang belum mengembangkan daunnya boleh dipungut 3 hingga ke 5 hari selepas keluar dari tanah.

Asparagus yang alkali dapat meneutralkan badan berasid dan ini secara tidak langsung dapat menghilangkan masalah  kulit. Sesuai bagi merawat penyakit leukemia, limfosarkoma,fibroadenoma, tumor payu dara.

Sekiranya selepas memakannya didapati air kencing berbau agak berbeza dari biasa, itu menunjukkan bahawa system tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi dengan baik.



Bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang air rebusan asparagus mungkin dapat dijadikan sebagai alternatif  bagi meringankan masalah tersebut.Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap mendapan usik urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.


Jerawat adalah satu masalah dermatologi yang berpunca daripada permakanan yang tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula.Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyak dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam Jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan yang berlemak dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat  dan membersihkan kulit.




Diantara sayur-sayuran  yang mengandungi asid  folik, dikatakan asparagus adalah pembekal utama asid ini.Sebanyak 160 g hidangan asparagus menyediakan 60% asid folik yang dicadangkan bagi pembentukan sel darah, dan juga pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati.


Dikatakan asid folik dapat mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian bayi seramai 2500 bayi setiap tahun.




Namun mengambil terlalu banyak asparagus boleh merengsa buah pinggang.Sekiranya buah pinggang anda dalam keadaan radang atau anda mengalami cirit-birit, jangan mengambil asparagus.Jangan ambil suplemen asparagus juga jika anda menghidapi sakit buah pinggang.Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.





                      Asparagus Hijau

 Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau





KANDUNGAN

Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 g asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gm protein, 0.2 gm lemak, 2.2 g karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 g vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 g.
Asparagus Putih





Asparagus putih hanya ada pada musim nya sahaja biasanya pertengahan tahun
Dari segi rasa juga  asparagus putih seringkali tidak sama, tergantung masa matang  dan  cara mengolahnya. Asparagus putih akan terasa lebih pahit, tetapi juga boleh terasa manis. Semakin muda usia asparagus tersebut, biasanya rasanya cenderung lebih pahit, apalagi jika di masak sup.





Asparagus putih, sayuran yang tergolong sukar  didapati ini, tidakk hanya kaya dengan kandungan air. Sayuran ini juga digemari lantaran rendah kalori, kaya sodium, sumber vitamin B, dan kaya serat. Tidak hairan jika asparagus putih cenderung lebih mahal dibandingkan dengan asparagus hijau yang mudah didapati.



Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas di usahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) dimana 85% adalah pengeluaran Asparagus Hijau cuma 15% Asparagus Putih. Di Indonesia seluas 1,000 hektar asparagus di tanam setiap tahun dimana 60% untuk asparagus hijau dan 40%asparagus putih. Malaysia pula asparagus ditanam  di kawasan tanah tinggi  Cameroon Highland dan Kundasang dengan anggaran keluasan yan  direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun.


Rujukan : Siti Fuziah Yusof, 2012 Ulaman Disekeliling Anda: Ar Risalah Product Sdn Bhd
Theresa Ong,2011 Rahsia Herba : Karangkraf Sdn Bhd


untaian taste by :

taliti tulip

No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip