setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Tuesday, September 18, 2012

KaCanG TaNaH





KacanG TanaH

Nama Saintifik nya ialah Arachis hypogaea. Nama lain ialah earth nut, Goober pea, Groundnut,Mani dari family Fabaceae                                             
Kacang tanah sering dianggap sebagai penyebab jerawat namun tanggapan itu sebenarnya tidak tepat kerana tumbuhan ini mengandungi khasiat yang tinggi.Tahukah anda bahawa hanya kacang tanah sahaja yang membesar di dalam tanah tetapi kekacang lain tidak.

Kacang tanah merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan selama berkurun-kurun.Pada kurun ke 16,orang Portugis telah membawa kacang tanah dari Brazil ke Afrika Barat manakala orang Sepanyol membawa kacang tanah ini ke Filipina.

 Dari situ ia telah disebarkan ke Cina, Jepun. Malaysia dan India.Kira-kira 40% daripada penghasilan kacang tanah dunia adalah dari  India dan sekaligus merupakan pengeluar terbesar di dunia.Di Malaysia , kacang tanah jenis banny di tanam di sekitar Perak, Selangor dan Sabah.

kacang tanah ( arachis hypogea ) merupakan sejenis spesis kekacang dari famili fabaceae yg berasal dari AS.kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika.boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti :

1. direbus
2. digoreng
3. dibakar
4. dihancurkan

Dalam 100 g kacang tanah , terkandung 26.1%  karbohidrat, 25.3% protein, 40.1% lemak, 3.1% serat, 2.4% galian dan 3.0% air.Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin E dan sejumlah kecil vitamin B kompleks.

Khasiat kacang tanah antaranya ialah:

1. kaya dengan lemak

2. mengandungi protein yg tinggi dan adalah lebih tinggi dari kandugan protien dalam daging, telur & kacang soya

3. kaya dengan zat besi

4. vitamin E

5. kalsium

6. juga dikatakan mengandungi bahan yg dpt membina ketahan tubuh bg menentang penyakit seperti penyakit jantung dgn mengambil 1 auns kacang tanah 5 kali seminggu

7. juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi ( bg siapa yg suka sgt naik drh disyorkan.... )

8. menurukan paras kolestrol dalam badan.

9. berkesan utk melegakan hermofilia @ kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan & insomnia


Tetapi.....kacang tanah ni kan DICEGAH  pengambilannya pada mereka yg menghadapi penyakit jenis ketumbuhan @ kanser payudara, pesakit gaut .

Namun kacang tanah boleh melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, netritis(radang buah pinggang,penyakit keputihan dan insomnia).



kacang tanah di makan bersama nasi lemak



untaian taste by: 
taliti tulip
alkahfieqaisar@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip