setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, September 23, 2012

JaGuNg


JAGUNG




Errmmmm…..nyummmy 2x….cedapnya….kegemaranku ialah jagung.Apa sahaja…asalkan jagung.Tak kira jagung rebus,bakar,puding….segalanya yang berasaskan jagung……pantang jumpa..hehe ..cedap nye!!!

Oleh itu kerana gemarkan jagung aku cuba mencari  info tentang jagung secara ringkas.Harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

Nama saintifik jagung ialah zea mays.

 Kandungan zat di dalam jagung antaranya ialah:
1.Karbohidrat
2.Protein
3.Serat
4.Asam folat
5.Mineral besi, magnesium, fosfor, kalium dan kalsium
6.Vitamin B5, B12, A, C
7.Likopen



Jagung Rebus

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.



 Jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.



Jagung rebus cheese



Jagung Manis

 Mengandungi Mineral penting: Jagung mengandungi banyak fosforus disamping magnesium, zink, iron dan copper. Juga mengandungi mineral surih seperti selenium. Fosforus penting untuk menggalakan tumbesaran, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang. Magnesium pula perlu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan kekuatan tulang.

Bertih jagung atau ‘popcorn’

‘Popcorn’ merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat. Ia rendah kalori. Secawan ‘popcorn’ tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori. Walau ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja. ‘Popcorn’ bukan sahaja kaya dengan karbohidrat, rendah lemak tetapi berserat tinggi juga. Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan




Bubur Jagung

Jagung juga adalah sejenis sayuran yang amat popular di seluruh dunia. Jagung banyak digunakan dalam kebanyakan hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur




Air Batu Campur Jagung

Pengambilan biji jagung dapat membantu merendahkan paras gula dalam darah dan sangat efektif melawan tekanan darah tinggi kerana kehadiran ‘phenolic phytochemicals’ didalam jagung. Jagung merupakan sumber baik vitamin C dan juga mineral mangan. Antioksidan fitozat dalam jagung terdiri daripada anthocyanin, beta-karotena, asid caffeic, asid coumarid, asid ferulic, lutein, asid syringic, asid vanilic, asid protocatechuic dan zeaxanthin. Jagung juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh




Cucur Jagung

Biji jagung kering digiling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya. Kemudian ia digiling halus dan diproses untuk dibuat tepung. Tepung jagung sedap dibuat lempeng (pancakes),cucur, roti jagung dan kuih-muih. Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan sos atau kuah.



Puding Jagung




Nasi Jagung

Nasi jagung ini enak dimakan bersama ayam masak merah dan jelatah untuk hidangan sekeluarga.



untaian taste by :

taliti tulip






No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip