ASPARAGUS
(Asparagus officinalis Linn) adalah sejenis sayuran dari keluarga LILIACEAE
yang berasal daripada kawasan Meditrenean dan tersebar ke Eropah, Asia dan
beberapa negara lain didunia. Asparagus adalah tanaman yang digunakan untuk
sayuran dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal
pokok. Pucuk atau Tunas
Asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras
tanah.
Rebung asparagus
kaya dengan triptofan, vitamin B1, B2, B3, B6,A,C,K,Mangan,serat,tembaga,osfor,kalium,protein,zat
besi,kalsium,fosforus,sodium,potassium,tannin,purin,methlyl mercaptan,
S-methlyl-3-(methylthio) thiopropionate dan niasin. Ia mengandungi
elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiroid,pineal, adrenal, jantung, hati,
paru-paru, limpa,pancreas dan kulit.Asparajin di dalamnya dapat membolehkan sistem
badan membuang sisa-sisa toksik.
Pokok Asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang.Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya.Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur atau rebung lalu keluar pada permukaan tanah, berwarna hijau muda.Sulur atau rebung yang belum mengembangkan daunnya boleh dipungut 3 hingga ke 5 hari selepas keluar dari tanah.
Asparagus
yang alkali dapat meneutralkan badan berasid dan ini secara tidak langsung dapat
menghilangkan masalah kulit. Sesuai bagi
merawat penyakit leukemia, limfosarkoma,fibroadenoma, tumor payu dara.
Sekiranya
selepas memakannya didapati air kencing berbau agak berbeza dari biasa, itu
menunjukkan bahawa system tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang
berfungsi dengan baik.
Bagi mereka
yang mempunyai masalah buah pinggang air rebusan asparagus mungkin dapat
dijadikan sebagai alternatif bagi
meringankan masalah tersebut.Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap
mendapan usik urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.
Jerawat
adalah satu masalah dermatologi yang berpunca daripada permakanan yang tidak
seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula.Tabiat
pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyak dalam darah.
Kandungan alkali yang tinggi dalam Jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu
jika makanan yang berlemak dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah
jerawat dan membersihkan kulit.
Diantara
sayur-sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah pembekal
utama asid ini.Sebanyak 160 g hidangan asparagus menyediakan 60% asid folik
yang dicadangkan bagi pembentukan sel darah, dan juga pertumbuhan dan
penghalang kepada penyakit hati.
Dikatakan
asid folik dapat mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan
penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian bayi seramai 2500 bayi
setiap tahun.
Namun
mengambil terlalu banyak asparagus boleh merengsa buah pinggang.Sekiranya buah
pinggang anda dalam keadaan radang atau anda mengalami cirit-birit, jangan
mengambil asparagus.Jangan ambil suplemen asparagus juga jika anda menghidapi
sakit buah pinggang.Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang
keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi
dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada
dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus
hijau
KANDUNGAN
Kandungan
pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih.
Setip 100 g asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gm protein, 0.2 gm lemak,
2.2 g karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 g vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg
fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih
rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 g.
Asparagus
Putih
Asparagus
putih hanya ada pada musim nya sahaja biasanya pertengahan tahun
Dari segi
rasa juga asparagus putih seringkali tidak
sama, tergantung masa matang dan cara mengolahnya. Asparagus putih akan terasa
lebih pahit, tetapi juga boleh terasa manis. Semakin muda usia asparagus
tersebut, biasanya rasanya cenderung lebih pahit, apalagi jika di masak sup.
Asparagus
putih, sayuran yang tergolong sukar didapati ini, tidakk hanya kaya dengan kandungan
air. Sayuran ini juga digemari lantaran rendah kalori, kaya sodium, sumber
vitamin B, dan kaya serat. Tidak hairan jika asparagus putih cenderung lebih mahal
dibandingkan dengan asparagus hijau yang mudah didapati.
Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas di usahakan di
Thailand (1,800 hektar/tahun) dimana 85% adalah pengeluaran Asparagus Hijau
cuma 15% Asparagus Putih. Di Indonesia seluas 1,000 hektar asparagus di tanam
setiap tahun dimana 60% untuk asparagus hijau dan 40%asparagus putih. Malaysia
pula asparagus ditanam di kawasan tanah
tinggi Cameroon Highland dan Kundasang
dengan anggaran keluasan yan direkodkan
sekitar 160-175 hektar setiap tahun.
Rujukan : Siti Fuziah Yusof, 2012 Ulaman Disekeliling Anda: Ar Risalah Product Sdn Bhd
Theresa Ong,2011 Rahsia Herba : Karangkraf Sdn Bhd
untaian taste by :
taliti tulip