setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Saturday, October 6, 2012

AneKa WarNa LoBak


Sungguh menarik apabila melihat lobak yang pelbagai warna.


Lobak Ungu

Lobak ungu   boleh menjadi rakan terbaik bagi seseorang yang sihat.Apakah ini benar-benar  realiti ? tentulah sesiapa pun akan teruja apabila melihat warnanya yang menarik dan sekaligus sesuatu alternatif untuk anak anak kecil juga yang tidak sukakan sayuran.

 Lobak ungu adalah salah satu daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hampir hilang
Lobak ungu mempunyai manfaat tambahan antosianin yang semulajadi dan antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk melindungi sel-sel badan dari radikal bebas yang merupakan molekul yang tidak stabil dengan kesan sampingan yang berpotensi merosakkan. Malah, lobak ungu mempunyai 28 kali lebih daripada antosianin daripada lobak  merah.



Lobak Merah

Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B & E, alpha carotene, kalsium dan potassium. Ia untuk meningkatkan pertumbuhan sel baru dan membuang toxin dalam badan serta menguatkan system pertahanan badan untuk melawan penyakit.

Jus lobak merah adalah baik untuk baiki keadaan kulit dan mengurangkan masalah sakit jantung,diarrheaa dan mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibody dalam badan.



Lobak Putih


Mengandungi khasiat yang tinggi dan membantu masalah penghadaman seperti perut yang meragam. Selan itu ia juga baik untuk pengidap bronchitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selsema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiperatik. Berasal dari keluarga Crucifera, lobak putih juga sesuai di makan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami buang air kecil yang tidak lawas.




Untaian taste by :

taliti tulip









No comments:

Post a Comment

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip