setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Wednesday, October 12, 2011

Sebuah catatan perjalananku disaat aku……………………

Sebuah catatan perjalananku disaat aku……………………
Bertarung menanggung kesakitan membuat aku lupa pada
Sabda  Rasulullah saw:
“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagai ketika dia lahir dari perut ibunya.Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh.”
…….dan pada kata Adl Dlahak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiap- tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.
Betapa kerdilnya aku dan sesungguhnya tanggal 16 sept yang lalu masih segar di ingatan.Bagaimana aku jatuh sakit yang amat sangat hingga tidak dapat bergerak sekali pun ke kanan dan ke kiri apatah lagi untuk bangun.Rasa berdenyut dan ngilu mencengkam perutku sehingga dari pinggang hingga ke kaki terasa berat bagai ditarik kebawah yang amat dasyat.Pada ketika itu air mata dan peluh keluar dengan sendiri menahan kesakitan dalam rintih pilu dan yang termampu hanya menyebut nama mu ya Allah.
Aku hanya tahu mahu ke hospital..terserah apa yang akan berlaku asalkan aku dapat sembuh.Betapa saat itu aku terasa tidak mampu menanggung kesakitan yang sedikit cuma ujian dari Allah.oh… betapa lemahnya nya aku.
Akhirnya setelah 2 hari aku di hospital barulah aku ditolak kebilik pembedahan pada jam 12.20 malam.Pengalaman pertama yang aku tidak akan lupakan.dalam kesakitan aku menanggung debar yang amat sangat.sehingga aku luahkan pada doctor yang aku amat takut.
Pertama kali suntikan bius membenam kedalam saluran urat nadi melalui tiub yang digunakan untuk memasukkan air ke tubuh ku…hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya..tapi seketika cuma kerana selepas aku diberi gas untuk disedut terus aku tidak sedarkan diri.
Aku hanya sedar apabila nurse mengejutkan aku itupun aku hanya sekadar mampu menggoyangkan tangan sebagai isyarat ku mendengar panggilan nya.aku cuba untuk membuka mataku tetapi pandangan ku kabur dan aku terlena kembali sehingga  pukul 7 lebih pagi apabila rasa amat ngilu diperut dan rasa ingin ke tandas.Namun kudrat ku yang lemah aku dibantu oleh nurse dengan menaiki wheelchair untuk ke toilet.
Kesakitan ku semakin bertambah kerana perut ku mencengkam pedih dan ngilu selepas operation dan lapar kerana berpuasa setelah 35 jam.Aku sekali lagi tidak dapat menanggung kesakitan apabila aku muntah dengan banyak sehingga doctor memberi suntikan menahan sakit dan gastrik setelah 6 jam selepas itu  barulah aku dibenarkan minum air mineral dan sambungan air kebadan ku di hentikan.Pada pukul 8 malam pula doctor menyuruh ku minum air milo diikuti dengan bubur nasi. Pada ketika itu aku benar2 mengucap syukur kerana dari mula aku jatuh sakit hinggalah selesai dari pembedahan dengan selamatnya aku masih diberi berpeluang menghirup udara dan bernafas dengan izin  NYA.


Alhamdulillah.
Setelah doctor membuat pemeriksaan  berpuas hati dengan kesihatan ku, barulah aku dibenarkan pulang ke rumah pada 22hb sept.Sesungguhnya betapa rindunya aku pada rumah dan anak2.Apa yang kuharapkan hanyalah  aku akan segera sembuh dari kesan luka sepanjang 3 inci dari appendiks ku ini.
Inilah pengalaman aku yang membuat aku tersedar bahawa
Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya di antara bermacam-macam kesenangan….”
Surah Sajadah: ayat 17

Untaian taste
taliti tulip

                                      Allahu aa’lam

Saturday, October 1, 2011

Ikan haruan atau Channa striatus (Ophiocephalus striatus)


Haruan untuk ubat? Di Malaysia, sudah sejak dulu berkembang kepercayaan bahwa haruan mengandung  ubat penyembuh luka dan amat mujarab untuk permulihan kesihatan luka bagi ibu selepas bersalin, cedera dalam kemalangan,pembedahan  atau apabila mendapat luka.
Kalau berlaku insiden insiden seperti itu barulah orang mencari haruan, itu sahajakah khasiat haruan ini ? Sebenarnya khasiat ikan haruan adalah lebih banyak daripada itu. Unsur yang terbanyak pada haruan ialah kaya dengan kandungan "asid amino" nya.
Asid amino ialah makanan kepada sel sel tubuh(DNA), asid amino kepada tubuh manusia umpama simen dan batu batu dalam pembinaan bangunan,jika sel- sel sihat maka sihatlah seluruh anggota tubuh
Kajian juga membuktikan ekstrak ikan haruan mengandungi Asid Amino yang berupaya untuk mengelakkan Ulser dan Kalogen yang dapat membantu mencantikan kulit dan agen anti kedut.
Khasiat haruan yang memang mengandung semua asam amino esensial dan asam lemak unik yang mampu mempercepat penyembuhan luka.
Untuk memanfaatkan ikan haruan sebagai ubat, ikan haruan diambil ekstraknya dengan mengukusnya, lalu menampung airnya. Air ekstrak itu langsung diminumkan ke pesakit  yang baru dioperasi
Dengan cara itu, luka akan sembuh dalam tempo tiga hari lebih cepat dibandingkan dengan serum albumin.
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai.
Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghasilkan tablet dan krim obat luka tahun 1999 dan sekaligus menjadikan Prof Madya Dr Saringat Baie sebagai orang pertama yang menghasilkan tablet dari ikan haruan.
Menurut Saringat Baie, haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengobati penyakit gastrik. Syaratnya, haruan tersebut harus haruan liar dan bukan haruan yang dibudidayakan.
Jenis-jenis haruan
Ikan Haruan Todak
atau juga dikenali sebagai ikan Kedak merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa gachua. Ikan Haruan Todak boleh didapati di sungai berjeram, dan berair jernih. Diet utamanya adalah anak-anak udang, dan serangga kecil
Ikan Haruan Palas
merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa melasoma. Ikan Haruan Palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap. Ikan Haruan Palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik, dan cacing
Ikan Toman Bunga
atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambutmendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas, dan ikan Bujuk. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Ikan Bujuk
adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa Lucius.

Penyelidikan dan analisis
Profesor Abdul Manan Mat Jais, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata "Ikan berkenaan adalah dalam kategori "Order of Channiformes," "Family Channidae" dan "Genus Channa" dan yang saya sedang kaji ialah Channa Striatus."
Beliau berkata terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia.Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Prof Abdul Manan berkata keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.
Prof Abdul Manan berkata beliau memulakan penyelidikan ke atas ikan haruan pada 1985 dan ketika itu beliau terkejut apabila mendapat tahu ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.
"Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding dengan ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut," katanya.
Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A. Manakala kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink adalah lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.
Prof Abdul Manan berkata kandungan asid arakidonik yang tinggi, yang dianggap luar biasa, dan dengan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah satu hasil penemuan yang amat menarik.
"Asid Arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula," katanya.
Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
"Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka,. Isinya yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang menjanjikan," kata Prof Abdul Manan.

Sampai sini jer….
Allahua’lam

Sunday, February 6, 2011

SEBUAH RENUNGAN

Marilah kita sama-sama fikirkan dan berusaha lakukan..sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan Enam perkara:


1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam  taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murkan-Nya dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang maha Agung dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat( yang lima Waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.Berkata Anas bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1.Wahai anak Adam! berjalanlah di atas perutku, tetapi Ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak


2. Engkau melakukan maksiat di atas beakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazabkan di dalam perutku.


3 Engkau ketawa di atas perutku, tetapi Ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku


4. Engkau bergembira di atas belakagku, tetapi Ingatla! Engkau akan kecewa di dalam perutku.


5. Engkau mengumpul harta  di atas belakangku, Ingatlah!Engkau  akan menyesal di dalam perutku.


6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi Ingatlah!Engkau akan di makan ulat di dalam perutku.


7. Engkau angkuh di atas belakangku,tetapi Ingatlah!Engkau akan dihina di dalam perutku.


8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi Ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di atas belakangku, tetapi Ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.


10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi Ingatlah! Engaku akan keseorangan di dalam perutku

ahlan wasahlan....

renungan hidup...


seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip