setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Tuesday, December 17, 2013

Sajak: BiRai HaTi





rindu yang erat bersatu
mengunci WAKTU
rahsia yang berliku
tanpa jemu

WAKTU yang berlabuh
memaut JANJI
setia kelmarin
tanpa ragu

JANJI yang berliku
memupuk PERCAYA
secebis erti
tanpa pelangi

PERCAYA yang beralun
mencarik IMPIAN
selaut harapan
tanpa dusta.


IMPIAN selembut sutera
seharum kasturi
di birai hati
tanpa suara



Untaian taste by: taliti tulip





Thursday, November 14, 2013

Jendela Cinta.....






1. Pernah kah cinta jujur dalam memberi hati..benarkah hati  ikhlas dalam menerima cinta ....? setidak-tidaknya sebentar menerima cinta sudah cukup indah dalam hidup seseorang dan menjadi kenangan buat seumur hidup.

2. Cinta adalah buat yang menghargai dan kreatif dalam menikmatinya.

3. Cinta dan kasih sayang bermula dari tiada.Wujud dengan sebab dan alasan yang tersendiri.Namun andai cinta dan kasih sayang yang ada tidak di ambil peduli, ia boleh pergi dan tidak kembali lagi.

4. Cinta itu terpamer melalui tindakan terhadap orang yang dicintainya.

5. Cinta tidak akan terjejas dengan sebab kekurangan dan kelemahan dalam diri pasangan bahkan menganggap ianya menjadi pelengkap kepada dirinya.

6. Cinta adalah menerima pasangan seadanya beserta segala kebiasaan dan kekurangannya

7. Cinta semakin kuat dengan perjalanan waktu walau fizikal makin pudar dan lemah tetapi cinta tetap hangat.

8. Cinta tidak akan terlepas dari pertengkaran dan kesanggupan untuk saling berdamai ,dan perdamaian itu akan memupuk cinta yang lebih dalam.

9. Teramat indah bila dicintai tetapi lebih indah jika kita yang mencintai.

10.Secebis kasih buat yang sayang.sekecil luka buat kita kecewa.seucap janji buat kita percaya.



11.Cinta itu membuat kamu gembira walaupun ia sering melukakan kerana sebenarnya ia bukan membuat kamu lemah tetapi cinta itu membangkitkan kekuatan.

12.Cinta adalah pengorbanan..dan ikhlas kerana cinta tidak akan mempertikaikan pemberian seseorang sebaliknya apakah yang dia telah beri

13.Cinta memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

14.Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan.Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kamu tetapi masih sanggup bersama dan terus menyayangi kamu, maka kamu adalah orang yang bertuah. dan dia layak menerima cinta kamu.

15.Keikhlasan cinta itu dapat dirasai melalui dua ikatan hati yang ada persamaan.

16.Mencintai seseorang dengan mendalam ibarat menyentuh bintang.Jika tak dapat ,teruskan mencuba.Jika cinta kamu sejati suatu hari nanti bintang akan jatuh ke bumi untuk kamu.

17.Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada dirinya.

18. Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian dia datangkan guruh dan kilat.Puas kita meratap kemana hilangnya mentari...rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi nan indah.

19.Cinta dapat dilihat dari sinar mata dan keceriaan wajah.Cinta buat jiwa sentiasa muda tanpa mengira usia.cinta berkuasa memberi kehidupan.

20.Mungkin kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,oleh itu kita harus berterima kasih atas kurniaan itu.

21.Cinta sebenarnya tidak buta tetapi orang yang diberi cinta itu yang buta dalam menilai  kemurniaannya.

22.Setiap orang punya rasa cinta.Tetapi tidak semua orang merasai cinta.Setiap orang pernah bercinta  tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagianya bercinta.

23.Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

24.Manusia tidak jatuh dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta tetapi manusia tumbuh dan membesar dalam cinta.

25.Kadang kala kamu tidak sedar kehadiran cinta sehinggalah kamu kehilangannya.





untaian taste by: taliti tulip





Thursday, November 7, 2013

Merawat Resdung

Jika anda sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:


1.Baca surah al-Fatihah
2.Baca Selawat syifa'
3.Baca Surah al-Israa' ayat 82 ...7 kali sambil tangan memegang hidung

4.Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung






Jika anda atau kenalan anda yang sedang mendapat rawatan tekanan darah tinggi, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah Al-Fatihah
2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21-24
3. Selawat Syifa' dan
4. Doa darah tinggi berikut

Insya-Allah, sakit yang dialami akan berkurang dan tekanan darah kembali stabil.




Jika anda mengalami sakit sendi atau angin di dalam badan, boleh baca doa ini. Insya-Allah sakit akan berkurang









Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah






Firman Allah Kepada Hamba-Nya
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a.,katanya Rasullullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai hamba-ku!Sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan aku haramkan pula kamu daripada melakukan kezaliman."

"Wahai hamba-Ku!Sesungguhnya kamu banyak membuat dosa tidak kira siang mahupun malam,dan aku sedia mengampunimu.Oleh itu,mintalah ampun kepada-Ku,nescaya Aku akan mengampunimu."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu terdiri daripada manusia atau jin lebih takwa daripada orang yang lebih takwa di antara kamu,maka hal itu tidak akan menambahkan sesuatu apa pun bagi kekuasaan-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu baik dari manusia atau jin lebih derhaka daripada orang yang paling derhaka di antara kamu semua,maka hal yang demikian itu tidaklah akan mengurangkan sesuatu apa-apa pun bagi kekuasan-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang yangsebelum dan sesudah kamu baik dari manusia atau jin,berkumpul mereka semua di suatu tempat yang luas lalu mereka meminta kepada-Ku dan aku penuhi permintaan mereka semua,maka tidak akan mengurangi sesuatu apa pun dalam harta-harta-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Hanya amalanmu sahaja yang akan Aku perhitungkan dan diberikan pahala."

Wallahu a'lam


untaian taste by: taliti tulip

Tuesday, October 1, 2013

Cerpen...Langit Sakura Bumi Saroja



Suatu masa dahulu,ramai kawan-kawan akan menegurku setiap pagi bila bertemu dengan berkata,
"hai, Iman..." dan ada juga berkata, "beriman tak hari ini? Sehingga hari ini, aku masih teringat senyuman dan sapaan mereka dan terngiang-ngiang kata-kata ucapan itu.

Begitu pantas masa berlalu.Terasa hidup ini bagai ada butang otomatik,bila ditekan sahaja terus melompat ke alam lain.Alangkah mudah jika butang otomatik itu menjadi milikku.Macam poket Doraemon dan macam cerita Korea bertajuk "Rooftop Prince".Senyuman meleret terus dan seorang gadis berkulit cerah, memiliki sepasang mata bundar bernama Iman Hareesa menyambung cerita kenangan lalunya.

"nak tekan butang mana ni?" soal naluri separuh sedarnya dan serentak itu dia disergah dari belakang.
"apalah, tak sempat aku nak berangan." ngomel Iman memarahi Dihar yang membantutkan imaginasinya lalu bertaburanlah butang Doraemonnya.

Begitulah rutin dua sahabat itu apabila bertemu.Riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurauan. Dihar memang suka mengusik Iman dan sebaliknya Iman pun begitu.Tangga bangunan 5 tingkat kediaman pelajar dari Malaysia itu dituruni dengan pantas.Hampir tiga tahun mereka menginap di situ sebagai pelajar dalam jurusan Architecture and civil engineering iaitu suatu jurusan yang memerlukan kemahiran professional untuk mereka bentuk dan menguruskan bangunan serta infrustruktur samada persekitaran di bandar-bandar atau kawasan luar bandar.

Sememangnya sejak kecil Iman berminat dalam apa sahaja lakaran bangunan.Pernah juga semasa kecil bekas sireh neneknya dijadikan  bahan objek untuk dia melukis bentuk bangunan yang kononnya tempat dia bermain.Akhirnya Iman dimarahi oleh neneknya.Begitulah kisah masa kecilnya dan ingatannya segera menjalar pada zaman kanak-kanaknya bersekolah di SK Taman Mega.

Seperti pelajar lain Iman juga tidak dapat lari dari desakan menyiapkan kerje sekolah, aktiviti ko kurikulum yang memenatkan dan masa yang begitu pantas.Semuanya mengajar Iman untuk menjadi pelajar yang berdisiplin.Kemuncaknya ialah dia mesti bergelut dengan peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) dan dalam masa yang sama penilaian sekolah rendah agama (psra). Kedua-duanya mesti seimbang dan Iman mahu berjaya dalam kedua-duanya meskipun dalam masa yang sama Iman diberi tanggung jawab yang berat sebagai pengawas/ murid.

Iman tidak mempunyai masalah kerana kedua ibu bapanya turut memberi sokongan. Seperti yang diimpikannya akhirnya Iman berjaya juga mengimbanginya dengan memperolehi keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat 80% ( Jayid Jiddan) dalam PSRA.Tawaran memasuki sekolah asrama penuh menyambung impiannya.Iman menerima tawaran tersebut dengan gembira.

"Iman...." panggil cikgu Fadzil telah mengejutkannya malah seluruh kelas tingkatan 6 Tekun.Iman segera memandang ke arah panggilan tersebut dan dengan tegas dan nada suara yang kuat cikgu Fadzil terus menyambung lagi,
"dengan cara awak seperti sekarang, saya cabar awak score 5A!" begitu sinis nada suara cikgu Fadzil berbaur harapan seorang guru.Tersentak Iman serentak itu rasa dirinya telah dimalukan di hadapan pelajar lain.Ingatan itu menyentap kenangan Iman kembali.Cabaran itu telah mengocak seluruh tangkai hatinya dan kelekaan yang dirasakan berada dalam zon yang selesa selama ini sebagai seorang pelajar yang aktif dan bijak telah dicabar.

Basikal jenis comfort bike ditunggangi menuruni bukit dan melintasi deretan kedai yang terdiri dari kedai elektronik, pelbagai barangan elektrik dan termasuklah kamera, telefon dan komputer. Gayanya yang santai dan tenang serta sememangnya Iman tidak ada kelas pada hari itu.Pada mulanya dia hendak mengajak Dihar tapi jawapan dari pesanan ringkas jadual kelas Dihar padat pula pada hari ini.Nampaknya terpaksalah Iman menghabiskan masanya seorang diri. Situasi itu bukan pertama kali kerana sejak bergelar pelajar di bumi asing Iman tidak mempunyai ramai kawan, bukan tidak ada pelajar  melayu lain tetapi hanya sekadar kawan biasa. Ia berbeza persahabatannya dengan Dihar.

Tiga tahun masa berlalu dan seusia itulah persahabatan mereka.Semakin hari persahabatan itu semakin matang seiring bertambah matangnya usia mereka.

"eh,Dihar...naper ni? macam ada problem jer.." soal Iman dan rasanya sudah puas mulutnya bertanya soalan yang sama, walau pun dia dapat mengagak jawapan Dihar namun dia tetap ingin ambil peduli masalah sahabatnya itu.

"errmm, takper lah, nanti bila aku dapat, aku akan cerita pada engkau yer..." Dihar sebaliknya dengan spontan membalas kesabaran Iman menanti jawapannya yang sejak tadi.

"huh, ini yang aku malas ni, ingat nak cerita tadi, aku tengok cerita Doraemon lagi baik." Iman pura-pura merajuk. Dihar tersengih melihat riaksi Iman.Sedikit tidak beriak bersalah di wajahnya kerana baginya dia memang maklum dengan perangai Iman yang tidak pernah meyimpan dalam hati pun kalau dia berkata sesuatu. Lantaran itu dia senang berkawan dengan Iman.Di hati Dihar sampai bila-bila pun gadis itu tetap akan menjadi sahabat baiknya.Dunia dan akhirat.

"aku janji, sedikit masa lagi pasti aku akan cerita, please,please,please." Dihar bersuara semula berusaha memujuk Iman dan akhirnya Iman tersenyum.

Senyuman itu meleret terus dan barulah Iman tersedar rupanya ianya sekadar imbauan kenangan.Mujurlah tidak ada sesiapa yang melihatnya ketika itu.kalau tidak pasti ada yang menyangka dia suka berimaginasi.Iman cepat-cepat kembali kepada rialiti.

"tak rela aku...uwekk...uwekk.." dia lebih rela membayangkan poket Doraemonnya.

Semekar kenangan itu langit Sakura terus menabur harum pada waktu lelahnya bergelar seorang pelajar sedangkan bumi saroja jauh mengamet rindu.Iman dan Dihar berjanji akan pulang membawa kejayaan.

untaian taste by: taliti tulip







Thursday, September 26, 2013

Sajak...Rindu



Rindu yang hangat menyeru
begitu merdu
berlagu sendu
menanti mu

Rindu bak dedalu
disentuh malu
setia dalam silu
di kamar beradu

Rindu yang sangat menganggu
dalam rindu itu
membawa ku
mencari mu

Rindu yang bertamu
 seribu tahun lagi aku mahu
tetap  mencintai mu
sebelum berlalu



untaian taste by: taliti tulip




Monday, September 9, 2013

19 KeIsTiMeWaAn WaNiTa




1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut,jawab Baginda.”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.Barangsiapa membawa hadiah(barang makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.

6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah  syurga.

8.Apabila memanggil akan dirimu 2 orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibu mu terlebih dahulu.

9.Daripada Aisyah r.a “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah daripada mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bula-bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12.Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah s.a.w “Suaminya.” Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w “Ibunya”

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15.Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seorang perempuan melahirkan anak. Keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWR memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Wallahualam


untaian taste by: taliti tulip

Wednesday, August 21, 2013

PuLanG bErHari Raya.......indaHnya KampungKu



































Untaian Taste by : taliti tulip










Tuesday, August 13, 2013

osteoporosis

osteoporosis

osteoporosis adalah sejenis penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Osteo bermaksud tulang dan porous bererti berpori - pori atau rapuh.

Jika proses penuaan tulang berlaku, maka tulang yang tadinya padat akan rapuh dan berlubang - lubang seperti buih atau span.

Boleh dihitung hampir kesemua keperluan kalsium iaitu sebanyak 99% berkumpul dalam tulang dan juga gigi. Sementara sisanya beredar dalam darah, membantu proses pengumpalan darah, pelaksanaan otot, penghantaran saraf dan fungsi hormon. Lambakan kalsium dalam tulang menjadi gambaran betapa pentingnya peranan kalsium dalam menjaga kepadatan tulang.

Selain faktor nutrien, faktor hormon juga memberi sumbangan dalam proses tulang rapuh, terutamanya kerana merosotnya hasilan hormon estogen semasa monopous atau pada wanita yang membuang rahim. Lelaki juga sebenarnya boleh mendapat penyakit osteoporosis tetapi peluangnya lebih kecil.

osteoporosis merupakan salah satu penyakit kronik yang biasa memudaratkan di dunia. Ia menyerang 1 dalam 3 wanita di lebih 50 buah negara. ( melebihi kanser payudara ) dan 1 dalam 5 lelaki ( melebihi kanser prostat ).  ( Angka 2005 )

Di Malaysia, osteoporosis adalah 5 penyakit teratas yang menjejaskan rakyat disamping darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung, demikian menurut Laporan Who 2007 ( Star 6 Ogos 2007 )

Jika terkena penyakit tulang rapuh, bolehkah ianya diubati ? Hakikatnya tidaklah semudah menggantikan kalsium yang hilang. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi efektif atau tidak penyerapan kalsium ke dalam tubuh. Di antaranya ialah kestabilan keperluan zat - zat mineral dan kadar hormon dalam tubuh. 

Kekurangan vitamin D dan magnesium akan menyukarkan penyerapan kalsium. Selain itu, jumlah keperluan protein dan gula serta keseimbangan asid, alkali dalam tubuh turut mempengaruhinya.

Jika anda terlalu banyak mengambil protein haiwan, maka asid akan banyak terbentuk, sehingga tubuh berusaha memperbaiki keseimbangan asid, alkali dengan menyerap simpanan kalsium ( yang bersifat membentuk alkali ) dalam tulang.

Hal ini termasuklah faktor monopous, kenyataan bahawa tidak semua wanita yang mengalami osteoporosis kekurangan keperluan kalsium, membuat pakar perubatan keliru bahawa hormon memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium.

Kesimpulannya, belum terdapat kerjasama mengenai kaedah mengubatinya. Sekumpulan pakar konvensional telah mencadangkan agar pesakit meminum susu yang mengandungi kalsium yang tinggi. Manakala, segelintir pakar kesihatan yang lain pula menyarankan pengambilan suplemen kalsium. Tambahan lagi, pakar 

pemakanan pula menekankan kombinasi suplemen kalsium dengan mineral - mineral lain. Selain itu, sesetengah pakar perubatan pula berpendapat bahawa terapi hormon amat penting mengatasi osteoporosis.

Jadi bagaimana sikap ita terhadap semua perbezaan pandangan ini ?

Perlu diingatkan bahawa meskipun peluang menderita tulang rapuh cukup besar pada wanita, tetapi tidak semua wanita mengalaminya.Oleh itu, periksa dahulu faktor - faktor risiko osteoporosis seperti :

1 - keturunan
2 - pola pemakanan
3 - gaya hidup

Setelah itu, anda perlu berusaha mengurangkan makanan dan tingkah laku yang menggalakan timbulnya osteoporosis.

Apakah cara khusus untuk menambah kalsium ? Pertama, penuhi dahulu keperluan kalsium sekurang - kurangnya 1000 mg setiap hari.

Sumber utama kalsium terdapat di dalam soya dan hasil produknya ( tempe, tauhu, susu, soya ), sayuran hijau ( daun pucuk ubi, daun betik, daun cekur manis, kangkung, bayam dan sawi ), yogurt, ikan yang dimakan bersama tulangnya terutama tanpa lemak, daging ayam kampung, gajus, badam, walnut, brazil nut, bijan, kuaci tawar, biji bunga matahari, kuaci tawar biji labu kuning, beras merah.

Kedua, perhatikan keperluan zat nutrien yang membantu proses penyerapan kalsium dan yang dapat menghalang pencucian timbunan kalsium dalam tulang, khususnya vitamin D dan beberapa mineral mikro.

Tanpa keperluan vitamin D yang mencukupi, pertumbuhan tulang akan lambat dan kurang padat. Hakikatnya, vitamin D berfungsi menjadikan timbunan kalsium dalam tulang lebih mampat, supaya tulang menjadi padat, kuat dan kukuh.

Sumber vitamin D umumnya adalah jenis ikan berlemak seperti ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan emas juga terdapat pada telur, mentega dan minyak hati ikan.

Vitamin D tersimpan dalam kulit, hati, limpa dan otak. Dengan bantuan sinar matahari serta hati dan ginjal yang sihat, Vitamin D dalam bentuk aktif ( calcitriol ) yang berfungsi untuk penyerapan kalsium di usus akan terbentuk. Vitamin D bermanfaat bagi saraf, denyutan jantung dan pembekuan darah.

Bekalan vitamin D sebenarnya boleh ditingkatkan dengan berjemur di bawah matahari agar sinar ultraviolet matahari pagi berfungsi mengubah provitamin D yang secara semulajadi terdapat dalam tubuh untuk menjadi vitamin D.

Lakukan aktiviti ini secara kerap setiap pagi sebelum pukul 9.00 pagi selama 10 - 15 minit, tanpa menyapu krim pelindung matahari ( sunblock cream ).

Keperluan vitamin D bukan hanya dapat membantu tubuh menyerap dan mengumpul kalsium dalam tulang, tetapi sekaligus melindungi bekalan kalsium dalam tulang agar tidak mudah terhapus.

Dr Jeanne Freeland - Graves, pensyarah bidang sains pemakanan di Universiti of Texas AS mengemukakan hasil penyelidikan bahawa wanita yang mengalami tulang rapuh mempunyai kadar vitamin D dalam darah sebanyak 1/3 lebih rendah daripada wanita yang sihat. Setelah keperluan zat tersebut dipenuhi, tubuh pesakit dengan cepat menyerap kalsium, iaitu 2 kali ganda.

Selain itu, segeralah bersenam secara teratur seperti yang dianjurkan oleh doktot pakar kesihatan. Sangat digalakkan melakukan senaman dengan berjalan kaki, lari jarak jauh ( jogging ), berbasikal, taichi dan aerobik.

untaian taste by:  taliti tulip

Saturday, June 8, 2013

sajak : iktibar



Bumi ini luas terhampar
hijau warnanya segar
kelam calit calar
cerah ceria bersinar
tidak henti berputar

Dikala diam bersandar
mata menatap sedar
menerjah mengusik debar
rindu berlabuh sebentar
lafaz tasbih beralun mekar
sepi menjadi bundar
resah pun berlegar

Lautan biru indah melahar
terbentang merata melebar
hinggap sang camar
buih air beriak tegar
sesekali debur menjadi nanar
disergah ombak menjalar

Lumrah alam berpusar
kehidupan sarat mencabar
meratap pada pohon berakar
menagih janji melakar
perjalanan yang terbiar
rebah bangun terlontar
sendiri dalam iktibar

untaian taste by: taliti tulip
                         7 jun 2013

Tuesday, February 26, 2013

PeNgUrAnGaN BeRaT BaDaN dAn KeSiHataN





Dari Miqdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila lapar kami makan tidak sampai terlalu kenyang" -Hadith Riwayat Abu Dawud-

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itulah tidak semua orang mempunyai ketinggian,bentuk badan dan berat yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana iaitu tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus.Jika anda hendak berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.Tetapi janganlah berlapar sehingga berat badan menjadi kurus.Makan lah dengan secukupnya. Makan lah makanan yang berkhasiat lebih kepada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tidak ada cara yang singkat untuk mengurangkan berat badan. Sebenarnya pengurangan berat badan yang mendadak adalah merbahaya.Pakar-pakar kesihatan bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah melalui pemakanan yang seimbang dan meningkatkan aktiviti fizikal.Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes, anda perlu meningkatkan tindakan berikut untuk mendapatkan tahap yang unggul dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.

Sebenarnya apa sahaja yang kita makan mengandungi banyak kalori dari lemak.Untuk mengira berapa jumlah lemak yang dibenarkan dalam makanan anda, anda perlu mengira jumlah kalori yang anda makan dalam sehari.Kemudian bahagikan dengan (30% dari jumlah keseluruhan kalori:9 kalori bagi setiap gram lemak).

Contohnya: untuk diet 2000 kalori jumlah maksima lemak yang dibenarkan ialah: jumlah kalori diet/30 . 2000/30= 67 gram lemak sehari.


Antara makanan yang tinggi lemak ialah:

JENIS MAKANAN                                  GRAM LEMAK UTK            % KALORI 
                                                               SETIAP SAJIAN               DR LEMAK
Hamburger saiz biasa                           11.8 gram lemak                      39
Hot Dog                                               14.5                                    54
Kentang Goreng                                    20-25 keping                       12.247
Keropok Kentang 1 aun                        10.1                                      61
Mentega 1 sudu                                    4                                         94
Sos Salad(thousand island)2 sudu      11.1                                       85
Kek Keju                                                 16.3                                 57

Makanan yang rendah Lemak
Kacang hijau direbus =cawan              0.2                                        9
Roti 1 keping                                           1.1                                  16
Oatmeal 1 cawan                                   2.4                                    15
Buah epal                                                0.5                                  6
Ubi kentang 1 biji dipanggang             0.2                                         1




Garis Panduan untuk merancang Diet anda


Pengambilan kalori
Pengambilan lemak
Wanita sedentary atau warga tua
1600 kalori
36- 53 gram
Wanita yang aktif, kanak-kanak@remaja belasan tahun
Sekurang-kurangnya 2000 kalori
44- 67 gram
Lelaki aktif@ remaja
Sekurang-kurangnya 2400 kalori
53 – 80 gram





Manakala indeks Jisim Badan merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan yang ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam badan individu.

Indeks Jisim Badan (BMI)= Berat Badan ((kg) bahagi ( Ketinggian (m) ) 2

Ia merupakan pengukuran mudah yang berhubung rapat dengan jenis-jenis anggaran kegemukan yang lain.Gunakan Indeks Jisin Badan untuk menganggarkan jumlah lemak badan anda. Skor Indeks Jisim Badan membawa maksud seperti di bawah:

Kurang dari 18.5 : kekurangan berat badan
18.5 – 24.9          : normal
25.0 – 29.9           : Berlebihan berat badan
30.0 ke atas        : Gemuk atau Obes

Setelah mendapat keputusan BMI, anda boleh menentukan sama ada tergolong dalam ketegori gemuk, sederhanan atau kurus.

Namun pengiraan BMI ini hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang stabil.

BMR adalah Basal Metabolic Rate.Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat.Tenaga tetap digunakan meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain-lain.Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpulkan menjadi lemak.

Cara Pengiraan BMR

Perempuan
Cara kiraan BMR
655 + ( 9.6 x berat kg) + ( 1.8 x tinggi cm ) – ( 4.7 x umur tahun )

Lelaki
Cara kiraan BMR
66 + ( 13.7 x berat kg ) + ( 5 x tinggi cm ) – ( 6.8 x umur tahun )

Makanan menghasilkan tenaga, tetapi jumlah tenaga yang dikeluarkan bagi satu jenis makanan adalah berbeza antara satu sama lain. 1 unit tenaga bersamaan dengan 1 unit kalori ( kcal).

Keperluan tenaga harian anda
=Berat badan anda sekarang (kg) x 30 kalori
=…………….kg x kalori
=………………kalori
1 mangkuk nasi mempunyai 207 kalori

Keperluan tenaga anda bersamaan kepada……………kalori bahagi 207 = …………mangkuk nasi
Pengiraan adalah bergantung pada berat normal manusia biasa dengan aktiviti yang sedikit.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak ½ kg dalam seminggu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 550 kalori dalam satu hari.Ini boleh dicapai dengan mengurangkan sebahagian pengambilan makan atau memilih makanan yang berkalori rendah.

Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga.Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.Kita mendapat tenaga daripada lemak,protein dan karbohidrat.

Tips Pemakanan Sihat

-Mengelak atau mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemaknya seperti ayam goring,nasi goring,lemak tepu yang tinggi seperti susu sejat dan santan.
-Mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, kek, pencuci mulut dan minuman manis)
-Makan makanan yang tinggi kadar fiber(produk Wholegrain, buah dan sayur.
-Ambil makanan pada kadar yang tetap dan elakkan makanan snek semasa pengambilan makanan.

Cadangan pengambilan kalori setiap hari

Dewasa            Umur (tahun)   Tenaga (kalori)                                 

                                                               
Lelaki

Aktif                      20 – 39                   2,530
Sederhana          40 – 49                  2,400
Berat Badan      50 – 60                   2,280
55 kg                  >60                          2,020

Perempuan

Aktif                    0 – 39                      2,000
Sederhana        40 – 49                   1,900
Berat Badan     50 -60                     1,800
50kg                  >60                         1,600


Berikut ialah kategori makanan mengikut kalori

MAKANAN                        JUMLAH               TENAGA(KALORI)

Bun Kari Ayam                  1                                   204
Sandwic Sardin                 1                                   70
Bun Kaya                            1                                 219
Bun Kacang Merah           1                                    223
Papadam                          1 keping                        26
Murtabak                            1                                 722
Biskut coklat chip              4                                   200
Kek Cheese                      1 potong                         400
Roti canai kosong+ dal    1kpg+1/2 mangkuk            359
Roti canai telur+ dal          1 kpg +1/2 mangkuk        414
Capati +kuah kari             1 kpg+ ½ mangkuk          166
Roti kosong                       1 kpg                             75
Karipap                              2 kpg                           256
Mee goreng mamak        1 pinggan                         660
Mee sup Udang                1 mangkuk                     293
Lor mee                             1 mangkuk                  383
Mee rebus                         1 pinggan                    556
Mee Hailam                       1 pinggan                    277
Mee Sup Wantan              1 pinggan                      217
Mee/mihun Goreng           1 pinggan                       550
Nasi Putih kosong            1 setengah cawan        260
Nasi Briyani + Daging      1 pinggan                     587
Nasi Minyak+rending daging    1 pinggan             664
Nasi Ekonomi                    1 pinggan+3 lauk       620
Nasi Kerabu                       1 pinggan                 360
Nasi ayam                          1 pinggan                600
Bubur Kosong                    4 mangkuk              182
Bubur century egg             1 mangkuk               423
Bubur Ayam                       1 mangkuk             348
Ikan kembong Goreng       1 ekor                      140
Ikan kembong kari berkuah   1 ekor                    85
Pomfret stim                            1                      65
Kari kepala ikan                 1 pinggan kecil      288
Sotong goreng tepung       1 pinggan kecil       630
Sambal udang                   ½ cawan                70
Sate Ayam                         1 cucuk                 35
Kuah Sate                          ½ cawan              129
Rendang daging lembu    2  keping kecil           228
Kari kambing                    2 keping kecil          287
Daging yang diawet         1 potong                    93
Car Siew                         1 pinggan kecil         191
Kari yam                            1 keping (medium) 195
Sayur Goreng                   1 pinggan                 66
Sayur Lemak                     1 pinggan               140
Sup Kosong(daging+sayur)1 mangkuk nasi       200
Telur Goreng                      1                          128
Telur campur                    1 pinggan                335
Keropok Udang               1 pinggan kecil         106
Burger Daging                 1 bungkus               317
Hot Dog                            1 bungkus             225
Coklat Sundae                1 cawan                  380
Ayam Goreng(pelbagai bhg)  1 piece               290

Kepak Ayam                   1 piece                 166
Paha Ayam                     1 piece                 320
Nugget Ayam                  1 piece                 60
Bubur Kentang                1 cawan regular     87
Coleslaw                          1 cawan kecil      62
Kentang Goreng             1 cawan kecil        290
Ikan Tuna                         1 keseluruhan    174
Ikan, salad                       1 keseluruhan     328
Ayam, salad                    1 keseluruhan     481
Ayam                               1 keseluruhan    270
Pasembur                       1 pinggan           752
Agar-agar                       1 potong               37
Cendol                             1 mangkuk      199
Bubur Cha Cha              1 mangkuk        165
Bubur kacang Hijau        1 mangkuk        244
Yogurt rendah lemak     1 cawan(150g)    100
Ais Krim                          2 skop            305
Ais Kacang                    1 mangkuk       258
Potato Cip                      1 Paket kecil   95
Keju                                 1 potong        54          
Laksa penang               1 mangkuk        436
Rojak Buah                    1 pinggan         443
Teh tarik                         1 gelas            83       
                    

untaian taste by : taliti tulip

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip