setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, November 18, 2012

Sajak : TasBih CinTa






Indahnya dunia
Bila semuanya bersatu
Kongsi rasa
Dalam naluri yang sama
Lalu tersenyum
Ke satu arah


Bagaikan hasrat
Yang menyatu
Mekar berwarna
Mengisi cinta
Tenang tanpa suara
Getarnya amat terasa


Manisnya kerinduan
Sebuah keajaiban
Impian syurga
Tiada jawapan
Pertanyaan semalam


Laut kejujuran
Langit kesetiaan
Bumi pengorbanan
Naluri pun berbisik
Menyusup rasa cinta
Segenap ruang bertasbih
Turut bahagia


untaian taste by : 
taliti tulip



Friday, November 2, 2012

I Love My Mom 我爱你的妈妈 Saya sayang ibu நான் அம்மா காதல்






Setiap orang ada mempunyai ibu.Ibulah yang mengandung sejak di alam “Rahim”,ibulah yang melahirkan,ibulah yang menyusui, ibulah yang membesar dengan penuh kasih sayang,mendidik sejak bayi hinggalah mengenal dunia ini yang penuh dengan keindahan, cabaran dan ujian .
Tiada bahasa yang dapat menggambarkan nilai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.sehingga tukaran dengan nyawa pun seorang ibu itu sanggup.





Hilang kesakitan seorang ibu bertarung nyawa saat  melihat wajah anaknya lahir dari rahimnya.
Hilang lapar seorang ibu ketika merawat anak nya yang sedang kesakitan
Hilang kegembiraan seorang ibu bila mendengar anak nya sedang kesusahan
Hilang kesedihan seorang ibu saat  menerima kejayaan anaknya
Hilang kebahagiaan seorang ibu saat anaknya gagal dalam hidup






Inilah antara gambaran perasaan dan naluri seorang ibu.Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu,
Hingga mendorong saya untuk mengumpulkan di sini bagaimana gambaran tentang kemuliaan seorang ibu daripada beberapa petikan hadis dan Firman Allah SWT.

1. Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
 Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



2.Firman Allah lagi yang bermaksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”





 3. Manakala dari surah Luqman ayat 14:
Allah SWT berfirman yang bermaksudnya:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”





4.Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
Maksudnya:“Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.” (Riwayat al- Bukhari)




5.Manakala firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24




6.Seterusnya dari Surah Luqman: 14 , Allah SWT  berfirman yang bermaksud:
"Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali."
(Q.S.Luqman:14)




Demikian lah yang dapat saya kongsi bersama tentang sifat seorang ibu,bagaimana gambaran perasaannya,pengorbanannya dan kemuliaannnya yang tidak dapat dinafikan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Ini jualah  keistimewaan dalam keseluruhan kehidupan  seorang ibu menyangupi dan merangkumi  tanggung jawab yang tidak akan terlerai sampai bila-bila.Sesuatu anugerah yang mesti di jaga,di belai dan terhutang sampai kehujung nyawa.Seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tetapi seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya.



Untaian taste by :

taliti tulip


seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip