Teramat
indah bila dicintai
Tetapi
lebih indah jika kita yang mencintai
Teramat
sakit bila dilukai
Tetapi
lebih sakit jika kita yang melukai
Teramat
bahagia bila dikasihi
Tetapi
lebih bahagia jika kita yang mengasihi
Teramat
berharga sebuah pertemuan
Tetapi lebih
mahal sebuah perpisahan
Teramat
Sukar untuk melupakan
Tetapi Lebih
sukar jika diteruskan
Teramat
suci ikatan perkahwinan
Tetapi
lebih mulia sebuah akad
Teramat
kukuh ikatan suami isteri
Tetapi
lebih utuh tali persahabatan
Kerana………………
Segala
yang terpendam tidak semestinya diluahkan
Yang
terbuku tidak bererti perlu dilafazkan
Yang
tersirat tidak bermakna perlu dileraikan
Senyumlah…………..
Kerana
hidup ini tidak sesukar yang digambarkan
Rahmat
tuhan sentiasa mendahului kemurkaannya.
untaian taste by,
taliti tulip
No comments:
Post a Comment