setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, October 19, 2014

CERPEN : BICARA DIKSI

Pagi tadi aku menghadiri kelas bahasa Melayu dan sesungguhnya kelas itu  amat menarik. Mungkin kerana guru pandai mengajar atau guru pandai menarik perhatian pelajar. Tetapi bagiku ada sesuatu yang membuatkan aku tak puas-puas  tersenyum. Bila teringat kembali perkataan itu aku merasa unik dan aneh pula. Unik kerana aku tidak pernah berjumpa dan terbaca perkataan itu. Aneh pula kerana perkataan itu seperti tidak masuk akal langsung dengan maksud ayat yang diberi.

            Aku bermain dengan  diksi makna dan cantuman sinonim dan antonim. Sebenarnya bahasa Melayu merupakan tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebarannya di kepulauan Melayu dan lautan Pasifik menyebabkan bahasa Melayu berkembang membentuk bahasa daerah masing-masing. Manakala di bawah cabang Nusantara bahasa Melayu mempunyai 200-300 pecahan. Sungguh hebat bahasa Melayu dan amat janggal jika masih ada yang merasa malu untuk berinteraksi menggunakannya.Apatah lagi jika rialitinya pengembangan tidak ada struktur kronologis tradisional lalu berpecah dan terhumban ke alam metafizik.Logika bahasa yang ditiadakan, toleransi yang semata-mata ekstentrik.
Kutinggalkan sebentar deskripsi tentang bahasa dan mengajak ekskursi  melayari bait-bait puisi ini.

Biar melurut bahasa ibunda ku
jatuh di gigi air mengalir
merentang terang di padang jarang
membugar di pagar mawar segar
pasrah lelah nanar resah
dalam minda yang bercantum

namun......
bahasa ibunda ku tetap kejap
mapan melingkari sejarah
peradaban melayu 
sentosa mengukir fakta
 meresap melingkari masa
walau zaman bersilih 
ranum Di persada  sejagat
selamanya harum.

            Secawan kopi o di meja menemani malam yang lewat menekuni pembacaan. Tertancap pada catatan ringkas yang membuat aku terkenang kembali. Senyum deras memintas dan menyapa kopi O yang masih berbaki setengah. Perkataan yang digunakan di Nusantara berbunyi lelucon. Sekali pandang seakan berbunyi lucu tetapi sebenarnya ia mempunyai pelbagai maksud. Ku kira ianya menarik dan aneh  sambil terus meneliti  catatan ringkas itu.
“The meaning of the lelucon is, terfikir, komik, terlahir, humor, kelakar, gelemair, gelemaca dan terkeluar” penjelasan disampaikan oleh tutor Erin yang berbunyi Inggeris tetapi melayu rupanya.
“Ini bermaksud lelucon boleh merujuk pada semua elemen yang disebutkan sebentar tadi” tambah tutor Erin lagi.

Aku tertarik lagi pada kalimah elemen yang digunakannya. Sepadan kah ia? kesinambungan kah ia? Pemilihan diksinya semakin aneh dan menarik. Secawan Kopi o tanpa sedar kering kuhirup seolah-olah bersetuju dengan keanihan itu. Sambil memerhati putaran kipas meja yang terletak di hadapan terlintas difikiran pada kalimah “lucu”. Maksudnya lucu merujuk pada linerik, komik, kelakar dan lelucon. Terdiam seketika, ada persamaan maksud antara lucu dan lelucon rupanya. Percambahan ilmu yang kudapat pada malam ini. Nampaknya tidak sia-sia keanihan yang kurasa.
Di luar malam semakin tua dan meniti pagi. Tetap panas dan angin seolah-olah berhenti bertiup.sunyi bagai di pusara sekadar kerdip bintang dan bulan yang menghiasi langit. Aku masih lagi berlegar mencari diksi yang berbunyi aneh kerana kopi yang kuhirup telah habis tidak berbaki.Sedangkan Mata ini setia  segar dan tegar .


untaian taste by : taliti

SAJAK : MUTASI





SAJAK : MUTASI

Melarik imaginasi
di lorong fantasi

   Mencoret kreativiti
   disusuri referensi

Merentasi konsentrasi
dipalu variasi

   Menutupi manipulasi
   disisipi spekulasi

Melakari Konspirasi
diwarnai revolusi

   Menjana kontemporari
   ditemani resonansi

Memancar frekuensi
dijaluri radiasi

   Menaburi manifestasi
   disua transformasi

Meniti kodifikasi
diiringi kata diksi

  Menuntas obligasi
  diceruni meditasi

Melatari generalisasi
diperdu evaluasi



untaian taste by: taliti
                           17 Okt 2014

seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip