1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada rasulullah
s.a.w akan hal tersebut,jawab Baginda.”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang penyayang tidak akan sia-sia.”
2.Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh
3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang
yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku ( Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5.Barangsiapa membawa hadiah(barang makanan) dari pasar ke
rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak nabi Ismail.
6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7.Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara
perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
8.Apabila memanggil akan dirimu 2 orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibu mu terlebih dahulu.
9.Daripada Aisyah r.a “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah daripada
mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bula-bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan
puasanya.
12.Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah s.a.w “Suaminya.”
Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w “Ibunya”
13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan , memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.
14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun)
15.Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya kejahatan.
16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17.Apabila seorang perempuan melahirkan anak. Keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah SWR memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Wallahualam
untaian taste by: taliti tulip