setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Sunday, January 20, 2013

HiDuP iNi SaTu PeRjALaNaN



"Hari esok adalah kemungkinan
 Semalam adalah kenangan
 Hari ini adalah perjalanan."

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan yang mana menuju keabadian.Perjalanan yang bertitik tolak dari alam arwah yang serba rahsia menuju ke alam syahadah yang serba ghaib dan bersambung pula ke alam kebangkitan semula untuk dihitung di alam penghisaban dan ditentukan akhirnya di alam pembalasan yang kekal abadi antara syurga atau neraka.

Sepanjang jalan kita akan menempuh pelbagai situasi,kegembiraan, kegagalan,kekecewaan,keputusan yang getir, bertuah dan musibah,sedih pilu dan sebagainya yang tidak ada penamatnya samada dekat atau jauh perjalanan itu sebagai ujian hidup.

sewajarnya lah dalam perjalanan yang penuh liku itu ada yang tersesat, terjebak,terkandas dan terselamat .Demikian juga setiap yang manis bertukar tawar dan hanbar,kesegaran menjadi rapuh dan kemudaan menjadi tua.

Seperti sebuah sungai yang bermula dari satu titik air di tanah yang tinggi dan mengalir ke tanah yang rendah.Menuju ke muara sebelum bertaut dengan lautan yang bergelora.Tetes airnya menyelinap masuk melalui rekahan bumi dan menjadi tasik.Dan apabila mentari bersinar, tetesan akan mengewap ke udara menjadi embun dan awan.Dan awan pula berarak perlahan sehingga ke satu peringkat mencurahkan hujan ke bumi dan kembali ke sungai, tasik, muara dan lautan.

Sebenarnya titik permulaan dan pengakhiran adalah satu renungan dan mujahadah untuk kita mengambil pengajaran dalam perjalanan hidup ini.Segala kesusahan, pengorbanan,keberuntungan dan kebahagiaan adalah dari Rahmat dan izin-NYA.Setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian yang di luar batas pemikiran akal kita.Hanya yang melihat melalui pandangan mata hati sahaja yang dapat menyelami dan menyedari dari apa yang berlaku.Namun siapalah kita untuk mengatasi ketentuan-NYA.

Renungan ku ini...terus menjelajah dari sebuah perjalanan yang unik penuh dengan keindahan suka dan duka. Ada warna pelangi dan percikan bunga api yang berwarna warni indah dan ada juga bedilan peluru ujian pihak musuh serta gelombang duka....dalam kealpaan dan khilaf....sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan hanya kesabaran yang mampu menjengah rasa mengubati jiwa.


Daripada ibn Abbas r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."
riwayat Ibnu Majah no.2043, al- Baihaqi(10/60), al- Tabarani no.765,al-Daraqutni (vii/170) dan al-Hakim (11/198)

untaian taste by :
taliti tulip


Tuesday, January 1, 2013

Selamat menempuh hari seterusnya.....2013



Salam sejahtera buat semua.Pertama kali di sini aku menulis secara langsung mencurah idea dan berkongsi rasa . Semakin pantas masa berdetik dan hari ini sudah pun masuk tahun baru 2013.Selamat tahun baru kepada semua dan mudah-mudahan tahun ini bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya dan segala kekurangan dapat diperbaiki.Sebagai manusia kita tidak mampu untuk jadi sempurna kerana sempurna itu hanya sifat Allah namun kita boleh berusaha menjadi yang terbaik. Amin.

Kehidupan ini sungguh indah untuk dinikmati.Senyumlah kerana hidup ini juga tidak sesukar yang digambarkan.Bagi sebuah perkahwinan pula semestinya diharap ianya dapat kekal hingga hujung nyawa dan sampai akhirat.Ianya kerana perkahwinan itu adalah satu kehidupan yang panjang dimana ia saling penyesuaikan diri dan menyenangkan hati antara satu sama lain.Tetapi untuk menjadikan kita pasangan yang sempurna dan kekal pasti kita tidak akan diberi pasangan yang sempurna kerana sifat diri kita pun tidak sempurna.Saling ada kekurangan dan tidakkah pasangan itu melengkapi dan kita dapat melihat diri sendiri dalam dirinya kerana berdua itu adalah satu dan perkongsian.

Sekiranya kita mengail ikan...akhirnya pasti akan dapat ikannya..maka hendaklah kamu mengambil ikan itu.Jangan pula kamu lepaskan kembali kerana dia pasti  merasa sakit akibat  mata kail kamu yang tajam dan mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh atau mungkin menderita seumur hidup.

Begitu juga sekiranya kamu telah berjanji dan memberi harapan pada seseorang hendaklah kamu menunaikannya dan menjaga hatinya.Jangan sesekali meninggalkannya begitu sahaja kerana dia pasti akan terluka oleh kenangan indah bersamamu sepanjang ia mengingatinya.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya.Jangan terlalu mencelanya atau mengkaguminya.Serta jangan pula membandingkan dengan yang lain.

Sebuah perhubungan  manusia itu mirip seperti mengenggam pasir.Jika tangan kamu itu terbuka pasir itu akan tetap berada ditempatnya tetapi jika kamu mengepalnya erat-erat untuk mempertahankan pasir itu ia akan sedikit-sedikit akan keluar melalui celah-celah jari kamu.Mungkin ada yang tersisa tetapi tidak banyak.Hubungan antara dua insan adalah seperti itu.Kalau dipertahankan dengan longgar dengan menghormati dan menerima seadanya...maka hubungan cinta itu akan dapat kekal.Tetapi jika terlalu erat ingin memiliki seratus peratus dan mengongkong maka hubungan cinta itu akan terlepas dan hilang.

Pada saat kita memberi kebahagiaan, sesungguhnya kita memilik dua kebahagiaan...iaitu dia bahagia dan aku bahagia kerana dia juga bahagia.


Teramat indah bila dicintai
tetapi lebih indah jika kita mencintai

Teramat sakit bila kita dilukai
tetapi lebih sakit jika kita yang melukai

Teramat bahagia bila dikasihi
tetapi lebih bahagia jika kita yang mengasihi

Teramat berharga sebuah pertemuan
tetapi lebih mahal sebuah perpisahan

Teramat sukar untuk melupakan
tetapi lebih sukar jika diteruskan

Teramat suci ikatan perkahwinan
tetapi lebih mulia sebuah akad

Teramat kukuh ikatan suami isteri
tetapi lebih utuh tali persahabatam.

senyum lah kerana hidup ini tidak sesukar yang digambarkan
rahmat TUHAN sentiasa mendahului kemurkaanNYA.

 1 mac 2012...REDHALAH DIRI.................

Sepanjang kita melalui liku-liku kehidupan kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan...tidak salah mengakui kesilapan kerana mengakui bukan bererti kita kalah tetapi mencari identiti diri dan maruah yang lebih utama.

 Sesungguhnya ada 6 perkara yang Allah sembunyikan  antaranya Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan.Allah tidak menzahirkan penerimaannya atas amalan -amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNYA supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut walau terdapat sedikit kecacatan yang tidak kita tidak ketahui.

Allah menyembunyikan kemurkaan di atas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walau nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan  kerana Allah bersifat Rahmat ,sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita. Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

cukuplah sekadar disini.....sebagai luahan dan perkongsian idea serta maklumat untuk diri sendiri sebagai peringatan menghadapi hari-hari seterusnya....mohon maaf di atas kekurangan dan khilaf...

"Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki yang terbaik dalam hidupnya tetapi selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apa pun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik."


untaian taste by : 
taliti tulip







seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip