setenang tatapan mata ...

mengocak air, menguak rumput, mencantas dedaunan, meredah liku, memandang lurus ke hadapan, menggenggam hasrat matlamat yang satu ...

Ikhlas

" ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaku.Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang amat mengasihiNya."

(riwayat Abu Hassan Al-Basri)

Wednesday, February 19, 2014

sajak: UNCANG TEH YANG GUNDAH







Hari ini aku menghirup secawan air
semata-mata air panas tanpa gula dan seuncang teh


sambil mata ini merenung pada 
alas piring yang terletak santun di meja kopi


dua warna berlegar di minda
yang kosong membentuk rasa yang
seiring dengan masa yang gundah

tanpa sedar cawan menjadi kering
bersama uncang yang masih tergantung setia
minta diulangi tambahan airnya


kuhirup lagi air tambahan yang kedua
namun airnya berubah semakin cair warnanya
seakan mengiakan rasa gundah itu.


untaian taste: taliti tulip













;

Tuesday, February 11, 2014

Sajak : bIbIr tErSeNyUm.....





Duka yang bermuara
di bibir senyum
ceria yang kehausan
diraut hati pengemis
kelaparan ia dipinggir nikmat
masa silam yang hadir
dalam rekah yang berpanjangan
terhampar peringatan
berbahagi usia muda
tak bisa melilit  melurut
harapan yang mungkin ada
menjerat jalan berselirat

namun........
dalam sedar wajar melakar
percaya yang bersisa
secebis bahagia
dalam rongga syukur
rasa terik bersilih
alur rasa sulit mengalir
selajur redha
mengatup dilema
pada langit ilahi.

untaian taste by: taliti tulip

Wednesday, January 8, 2014

Alangkah cantiknya......

Alangkah

indah..............
cantik............
tertarik..........
menarik............

terbang hinggap pada dedaunan
singgah sebentar.
sebelum terbang lagi
dan hinggap lagi
walau sebentar
sudah cukup mengasyikkan
pada sesiapa
yang menghargai
erti keindahan






































untaian taste : taliti tulip








Tuesday, January 7, 2014

Tuesday, December 17, 2013

Sajak: BiRai HaTi





rindu yang erat bersatu
mengunci WAKTU
rahsia yang berliku
tanpa jemu

WAKTU yang berlabuh
memaut JANJI
setia kelmarin
tanpa ragu

JANJI yang berliku
memupuk PERCAYA
secebis erti
tanpa pelangi

PERCAYA yang beralun
mencarik IMPIAN
selaut harapan
tanpa dusta.


IMPIAN selembut sutera
seharum kasturi
di birai hati
tanpa suara



Untaian taste by: taliti tulip





Thursday, November 14, 2013

Jendela Cinta.....






1. Pernah kah cinta jujur dalam memberi hati..benarkah hati  ikhlas dalam menerima cinta ....? setidak-tidaknya sebentar menerima cinta sudah cukup indah dalam hidup seseorang dan menjadi kenangan buat seumur hidup.

2. Cinta adalah buat yang menghargai dan kreatif dalam menikmatinya.

3. Cinta dan kasih sayang bermula dari tiada.Wujud dengan sebab dan alasan yang tersendiri.Namun andai cinta dan kasih sayang yang ada tidak di ambil peduli, ia boleh pergi dan tidak kembali lagi.

4. Cinta itu terpamer melalui tindakan terhadap orang yang dicintainya.

5. Cinta tidak akan terjejas dengan sebab kekurangan dan kelemahan dalam diri pasangan bahkan menganggap ianya menjadi pelengkap kepada dirinya.

6. Cinta adalah menerima pasangan seadanya beserta segala kebiasaan dan kekurangannya

7. Cinta semakin kuat dengan perjalanan waktu walau fizikal makin pudar dan lemah tetapi cinta tetap hangat.

8. Cinta tidak akan terlepas dari pertengkaran dan kesanggupan untuk saling berdamai ,dan perdamaian itu akan memupuk cinta yang lebih dalam.

9. Teramat indah bila dicintai tetapi lebih indah jika kita yang mencintai.

10.Secebis kasih buat yang sayang.sekecil luka buat kita kecewa.seucap janji buat kita percaya.



11.Cinta itu membuat kamu gembira walaupun ia sering melukakan kerana sebenarnya ia bukan membuat kamu lemah tetapi cinta itu membangkitkan kekuatan.

12.Cinta adalah pengorbanan..dan ikhlas kerana cinta tidak akan mempertikaikan pemberian seseorang sebaliknya apakah yang dia telah beri

13.Cinta memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

14.Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan.Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kamu tetapi masih sanggup bersama dan terus menyayangi kamu, maka kamu adalah orang yang bertuah. dan dia layak menerima cinta kamu.

15.Keikhlasan cinta itu dapat dirasai melalui dua ikatan hati yang ada persamaan.

16.Mencintai seseorang dengan mendalam ibarat menyentuh bintang.Jika tak dapat ,teruskan mencuba.Jika cinta kamu sejati suatu hari nanti bintang akan jatuh ke bumi untuk kamu.

17.Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada dirinya.

18. Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian dia datangkan guruh dan kilat.Puas kita meratap kemana hilangnya mentari...rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi nan indah.

19.Cinta dapat dilihat dari sinar mata dan keceriaan wajah.Cinta buat jiwa sentiasa muda tanpa mengira usia.cinta berkuasa memberi kehidupan.

20.Mungkin kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,oleh itu kita harus berterima kasih atas kurniaan itu.

21.Cinta sebenarnya tidak buta tetapi orang yang diberi cinta itu yang buta dalam menilai  kemurniaannya.

22.Setiap orang punya rasa cinta.Tetapi tidak semua orang merasai cinta.Setiap orang pernah bercinta  tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagianya bercinta.

23.Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

24.Manusia tidak jatuh dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta tetapi manusia tumbuh dan membesar dalam cinta.

25.Kadang kala kamu tidak sedar kehadiran cinta sehinggalah kamu kehilangannya.





untaian taste by: taliti tulip





Thursday, November 7, 2013

Merawat Resdung

Jika anda sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:


1.Baca surah al-Fatihah
2.Baca Selawat syifa'
3.Baca Surah al-Israa' ayat 82 ...7 kali sambil tangan memegang hidung

4.Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung






Jika anda atau kenalan anda yang sedang mendapat rawatan tekanan darah tinggi, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah Al-Fatihah
2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21-24
3. Selawat Syifa' dan
4. Doa darah tinggi berikut

Insya-Allah, sakit yang dialami akan berkurang dan tekanan darah kembali stabil.




Jika anda mengalami sakit sendi atau angin di dalam badan, boleh baca doa ini. Insya-Allah sakit akan berkurang









Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah






Firman Allah Kepada Hamba-Nya
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a.,katanya Rasullullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai hamba-ku!Sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan aku haramkan pula kamu daripada melakukan kezaliman."

"Wahai hamba-Ku!Sesungguhnya kamu banyak membuat dosa tidak kira siang mahupun malam,dan aku sedia mengampunimu.Oleh itu,mintalah ampun kepada-Ku,nescaya Aku akan mengampunimu."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu terdiri daripada manusia atau jin lebih takwa daripada orang yang lebih takwa di antara kamu,maka hal itu tidak akan menambahkan sesuatu apa pun bagi kekuasaan-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu baik dari manusia atau jin lebih derhaka daripada orang yang paling derhaka di antara kamu semua,maka hal yang demikian itu tidaklah akan mengurangkan sesuatu apa-apa pun bagi kekuasan-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Sekiranya orang yangsebelum dan sesudah kamu baik dari manusia atau jin,berkumpul mereka semua di suatu tempat yang luas lalu mereka meminta kepada-Ku dan aku penuhi permintaan mereka semua,maka tidak akan mengurangi sesuatu apa pun dalam harta-harta-Ku."

"Wahai hamba-Ku!Hanya amalanmu sahaja yang akan Aku perhitungkan dan diberikan pahala."

Wallahu a'lam


untaian taste by: taliti tulip

Tuesday, October 1, 2013

Cerpen...Langit Sakura Bumi Saroja



Suatu masa dahulu,ramai kawan-kawan akan menegurku setiap pagi bila bertemu dengan berkata,
"hai, Iman..." dan ada juga berkata, "beriman tak hari ini? Sehingga hari ini, aku masih teringat senyuman dan sapaan mereka dan terngiang-ngiang kata-kata ucapan itu.

Begitu pantas masa berlalu.Terasa hidup ini bagai ada butang otomatik,bila ditekan sahaja terus melompat ke alam lain.Alangkah mudah jika butang otomatik itu menjadi milikku.Macam poket Doraemon dan macam cerita Korea bertajuk "Rooftop Prince".Senyuman meleret terus dan seorang gadis berkulit cerah, memiliki sepasang mata bundar bernama Iman Hareesa menyambung cerita kenangan lalunya.

"nak tekan butang mana ni?" soal naluri separuh sedarnya dan serentak itu dia disergah dari belakang.
"apalah, tak sempat aku nak berangan." ngomel Iman memarahi Dihar yang membantutkan imaginasinya lalu bertaburanlah butang Doraemonnya.

Begitulah rutin dua sahabat itu apabila bertemu.Riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurauan. Dihar memang suka mengusik Iman dan sebaliknya Iman pun begitu.Tangga bangunan 5 tingkat kediaman pelajar dari Malaysia itu dituruni dengan pantas.Hampir tiga tahun mereka menginap di situ sebagai pelajar dalam jurusan Architecture and civil engineering iaitu suatu jurusan yang memerlukan kemahiran professional untuk mereka bentuk dan menguruskan bangunan serta infrustruktur samada persekitaran di bandar-bandar atau kawasan luar bandar.

Sememangnya sejak kecil Iman berminat dalam apa sahaja lakaran bangunan.Pernah juga semasa kecil bekas sireh neneknya dijadikan  bahan objek untuk dia melukis bentuk bangunan yang kononnya tempat dia bermain.Akhirnya Iman dimarahi oleh neneknya.Begitulah kisah masa kecilnya dan ingatannya segera menjalar pada zaman kanak-kanaknya bersekolah di SK Taman Mega.

Seperti pelajar lain Iman juga tidak dapat lari dari desakan menyiapkan kerje sekolah, aktiviti ko kurikulum yang memenatkan dan masa yang begitu pantas.Semuanya mengajar Iman untuk menjadi pelajar yang berdisiplin.Kemuncaknya ialah dia mesti bergelut dengan peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) dan dalam masa yang sama penilaian sekolah rendah agama (psra). Kedua-duanya mesti seimbang dan Iman mahu berjaya dalam kedua-duanya meskipun dalam masa yang sama Iman diberi tanggung jawab yang berat sebagai pengawas/ murid.

Iman tidak mempunyai masalah kerana kedua ibu bapanya turut memberi sokongan. Seperti yang diimpikannya akhirnya Iman berjaya juga mengimbanginya dengan memperolehi keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat 80% ( Jayid Jiddan) dalam PSRA.Tawaran memasuki sekolah asrama penuh menyambung impiannya.Iman menerima tawaran tersebut dengan gembira.

"Iman...." panggil cikgu Fadzil telah mengejutkannya malah seluruh kelas tingkatan 6 Tekun.Iman segera memandang ke arah panggilan tersebut dan dengan tegas dan nada suara yang kuat cikgu Fadzil terus menyambung lagi,
"dengan cara awak seperti sekarang, saya cabar awak score 5A!" begitu sinis nada suara cikgu Fadzil berbaur harapan seorang guru.Tersentak Iman serentak itu rasa dirinya telah dimalukan di hadapan pelajar lain.Ingatan itu menyentap kenangan Iman kembali.Cabaran itu telah mengocak seluruh tangkai hatinya dan kelekaan yang dirasakan berada dalam zon yang selesa selama ini sebagai seorang pelajar yang aktif dan bijak telah dicabar.

Basikal jenis comfort bike ditunggangi menuruni bukit dan melintasi deretan kedai yang terdiri dari kedai elektronik, pelbagai barangan elektrik dan termasuklah kamera, telefon dan komputer. Gayanya yang santai dan tenang serta sememangnya Iman tidak ada kelas pada hari itu.Pada mulanya dia hendak mengajak Dihar tapi jawapan dari pesanan ringkas jadual kelas Dihar padat pula pada hari ini.Nampaknya terpaksalah Iman menghabiskan masanya seorang diri. Situasi itu bukan pertama kali kerana sejak bergelar pelajar di bumi asing Iman tidak mempunyai ramai kawan, bukan tidak ada pelajar  melayu lain tetapi hanya sekadar kawan biasa. Ia berbeza persahabatannya dengan Dihar.

Tiga tahun masa berlalu dan seusia itulah persahabatan mereka.Semakin hari persahabatan itu semakin matang seiring bertambah matangnya usia mereka.

"eh,Dihar...naper ni? macam ada problem jer.." soal Iman dan rasanya sudah puas mulutnya bertanya soalan yang sama, walau pun dia dapat mengagak jawapan Dihar namun dia tetap ingin ambil peduli masalah sahabatnya itu.

"errmm, takper lah, nanti bila aku dapat, aku akan cerita pada engkau yer..." Dihar sebaliknya dengan spontan membalas kesabaran Iman menanti jawapannya yang sejak tadi.

"huh, ini yang aku malas ni, ingat nak cerita tadi, aku tengok cerita Doraemon lagi baik." Iman pura-pura merajuk. Dihar tersengih melihat riaksi Iman.Sedikit tidak beriak bersalah di wajahnya kerana baginya dia memang maklum dengan perangai Iman yang tidak pernah meyimpan dalam hati pun kalau dia berkata sesuatu. Lantaran itu dia senang berkawan dengan Iman.Di hati Dihar sampai bila-bila pun gadis itu tetap akan menjadi sahabat baiknya.Dunia dan akhirat.

"aku janji, sedikit masa lagi pasti aku akan cerita, please,please,please." Dihar bersuara semula berusaha memujuk Iman dan akhirnya Iman tersenyum.

Senyuman itu meleret terus dan barulah Iman tersedar rupanya ianya sekadar imbauan kenangan.Mujurlah tidak ada sesiapa yang melihatnya ketika itu.kalau tidak pasti ada yang menyangka dia suka berimaginasi.Iman cepat-cepat kembali kepada rialiti.

"tak rela aku...uwekk...uwekk.." dia lebih rela membayangkan poket Doraemonnya.

Semekar kenangan itu langit Sakura terus menabur harum pada waktu lelahnya bergelar seorang pelajar sedangkan bumi saroja jauh mengamet rindu.Iman dan Dihar berjanji akan pulang membawa kejayaan.

untaian taste by: taliti tulip







Thursday, September 26, 2013

Sajak...Rindu



Rindu yang hangat menyeru
begitu merdu
berlagu sendu
menanti mu

Rindu bak dedalu
disentuh malu
setia dalam silu
di kamar beradu

Rindu yang sangat menganggu
dalam rindu itu
membawa ku
mencari mu

Rindu yang bertamu
 seribu tahun lagi aku mahu
tetap  mencintai mu
sebelum berlalu



untaian taste by: taliti tulip




Monday, September 9, 2013

19 KeIsTiMeWaAn WaNiTa




1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut,jawab Baginda.”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.Barangsiapa membawa hadiah(barang makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.

6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah  syurga.

8.Apabila memanggil akan dirimu 2 orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibu mu terlebih dahulu.

9.Daripada Aisyah r.a “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah daripada mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bula-bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12.Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah s.a.w “Suaminya.” Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w “Ibunya”

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15.Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seorang perempuan melahirkan anak. Keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWR memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Wallahualam


untaian taste by: taliti tulip

Wednesday, August 21, 2013

PuLanG bErHari Raya.......indaHnya KampungKu



































Untaian Taste by : taliti tulip










seuntai rasa, sejernih bicara

Assalamualaikum wbt,

blog "The Last Heaven" ini adalah blog peribadi yang membawa secebis rasa, berkongsi keindahan, keharmonian dan ketenangan yang sekelumit cuma. Segala paparan adalah segaris idea, ilham, coretan peribadi dan koleksi informasi dari pelbagai sumber.

Maafkan "The Last Heaven" sekiranya ianya tidak memberi bahagia seperti syurga yang diimpikan ..

Indahnya untaian taste by :

taliti tulip